Header Ads

Bulan April Bulan Kesedaran Autisme - Blog Neuron Nazeerah

Oh, banyak sangat bulan kesedaran kan... untuk April Autisme senang ingat. Naz pernah tulis sebelum ini tentang entri blog 'Ada Apa Pada Autisme' korang dah baca ke belum? Ada pengalaman handle orang autisme? 

Bulan April Bulan Kesedaran Autisme blog neuron nazeerah
bloggingherway.blogspot.com

Tentang Autisme dan Malaysia

Di Malaysia ada NASOM (Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia) bagi menyokong mereka. Antara masalah yang banyak dalam kalangan orang Malaysia, iaitu kanak-kanak dimana dianggarkan 1 daripada 100 kanak-kanak mengalami autisme dan ada juga kata antara 1-2 orang dalam 1000 dan kanak-kanak lelaki dikatakan lebih kerap mengalami autisme.

Kesan awal sangat penting dalam lingkungan umur 2-7 tahun kata pakar psikiatrik, bagi sudut pandang korpus ilmu neurosains, hippocampus berkembang dalam waktu itu dengan pesat kata orang masih sesuai kalau nak bagi new learning waktu itu oleh kerana autisme ini mereka sedikit lambat dalam proses pembelajaran.

Tak elok juga apabila ada mereka yang tidak cakna tentang masalah proses perkembangan kanak-kanak ini yang menyebabkan keluarga tidak menghantar mereka ke sekolah pendidikan khas. Ada ke? Kalau korang ada kenal, tolong bagi tahu kesedaran ini, jumpa pakar psikiatrik kanak-kanak supaya tumbesaran autisme ini lebih terjaga.

Cikgu pun dah dilatih untuk ajar mereka disekolah pendidikan khas dan bukan semua orang boleh ajar pelajar yang ada autisme ini. Betul tak?

Boleh kongsi artikel ini untuk kebaikan semua ye korang. Semoga bermanfaat! 

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.