17 Cara Tingkatkan Daya Ingatan - Blog Neuron Nazeerah
Daya ingatan atau memori ada jangka pendek dan jangka panjang. Boleh aplikasikan cara-cara ini mengikut kehendak dan kemampuan masing-masing.
bloggingherway.blogspot.com |
17 Cara Terpilih Tingkatkan Memori Otak
- Teknik ulangan. Ulang dengan mendengar suara korang.Ya cakap balik...ulang lebih 41 kali...baru power.
- Gunakan singkatan akronim. Singkatan perkataan hadapan.
- Gunakan akronim yang berbentuk cerita. Akronim cerita itu mestilah yang korang senang ingat.
- Hafal sedikit-sedikit atau potong ayat/nombor yang hendak dihafal.
- Hafal secara berkala dan konsisten. Maknanya, tak digalakkan semua benda nak last minit sebab bentuk memori yang terbentuk semasa proses hafalan yang last minit lebih kepada memori yang bersifat sementara dan bukannya memori jangka panjang mahupun jangka pendek.
- Ajar orang lain. Rajinlah bercerita kepada orang lain. Senang cerita, orang kata jangan kedekut ilmu. Bila bercerita, proses recall (salah satu proses dalam pembentukan memori dalam ilmu neuropsikologi) berlaku.
- Buat latih tubi. Ada juga yang buat sampai beratus-ratus soalan beberapa kali. Sangat bagus. Latih tubi atau ujian ini berlakunya pembelajaran secara aktif. Korang juga boleh tanya soalan kepada diri-sendiri. Korang tanya, korang jawab. Practice makes perfect.
- Membuat penceritaan dalam menjemput pelbagai bentuk emosi dalam membantu proses ingatan korang.
- Tidur yang cukup sebab semasa korang tidur, otak kerja dia nak simpan file dalam tempat masing-masing secara optimum. Bagilah otak kita masa kan. Jadi tidur ok. Jangan terlebih tidur pulak. Hehe.
- Fokus satu perkara dahulu. Kalau korang fokus semasa cikgu atau pensyarah ajar boleh bantu anda ingat walaupun anda tidak sempat untuk mengulangkaji sesuatu bab atau tajuk.
- Banyakkan membaca. Membaca dapat menambah pengetahuan. Kawasan otak yang aktif selalu orang cakap hippocampus kan ya... ada satu lagi kawasan iaitu striatum. Membaca juga dapat meningkatkan proses pertumbuhan sel otak dalam kata lain neuroplasticity berlaku. Neuroplasticity juga istilah dimana otak korang nak dibaiki balik kalau ada kerosakan otak selain daripada proses otak mengadapatasi kepada sesuatu fasa pertumbuhan yang baru.
- Minum air putih yang cukup. Bawa bekal air. Otak juga dilapisi cecair, cerebrospinal fluid (CSF). Tapi CSF ini, sebagai maklumat tambahan kepada korang ianya lebih kepada nak lindung otak kita, otak kita terapung dengan elok, buang bahan kumuh, lindung otak dari hentakan. Air dapat membekalkan oksigen kepada otak jadi korang tak cepat mengantuk, meningkatkan daya tumpuan.
- Menulis dalam memastikan korang ingat lama sesuatu fakta. Memori ada 2 jenis utama, memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Bila korang tulis otak jadi tak berat sangat jadi otak boleh terima lagi banyak fakta. Kalau lupa boleh tengok balik nota.
- Buat soalan korang sendiri. Gunakan tenih 5WH1 (Why, What, When, Who, Where, How)
- Lepas hafal, terus uji diri korang sendiri. Nak tahu sejauh mana daya ingatan korang pada waktu tersebut. Uji diri sendiri dengan segala fakta yang sudah dihafal.
- Baca doa sebelum belajar.
- Baca surah An Nur ayat 35:
Post a Comment