Header Ads

Ada Apa Pada Autisme? - Blog Neuron Nazeerah

Autisme ada juga dikaitkan dengan faktor genetik. Secara generalnya, orang yang mengalami autisme ini mempunyai masalah dalam proses pembelajaran.

ada apa pada autisme blog neuron nazeerah

Apa Jadi Pada Otak Autisme?

Kalau korang ajar orang normal boleh ikut sahaja tetapi autisme tidak dapat ikut dengan baik sebagai contoh dari segi perlakuan yang kita ajarkan itu. Emosi autisme juga berlainan daripada orang normal.

Dalam neurosains juga ada salah satu teori pembelajaran "observational learning" iaitu pembelajaran melalui penglihatan. Autisme tidak dapat meniru balik apa yang diajarkan kepada mereka atau dalam erti kata lain, masalah dalam karakter sosial. Orang normal belajar sesuatu dengan melihat kelakuan orang lain.

Dari segi emosi pula kalau kita gembira tak semestinya autisme gembira dan sebaliknya. Sebab itu kadang-kadang kita tengok tetiba mereka menangis.

Korang boleh baca pasal autisme satu dunia tak habis baca tetapi kupasan pendekatan Blog Neuron Nazeerah semestinya lain. Ok, seperti yang sedia maklum yang penghantaran maklumat atau signal dalam geng sel saraf ini dibawa oleh elemen elektrik dan kimia.

Korang mungkin tertanya-tanya, macam mana ek neurosaintis ini buat eksperimen pasal autisme atau sel saraf yang dikatakan ada kaitan dengan ketidakseimbangan sistem saraf pada autisme ini. Banyak dik oi, ikut kajian tempat bahagian mana yang korang nak kaji dan apa benda yang korang nak kajilah. Naz rasa bidang lain pun sama, banyak kaitan.

Cuma kali ini Naz nak fokus bab satu neuron ini dinamakan mirror neuron yang juga terpalit dengan masalah autisme ini. Orang yang jumpa jenis saraf mirror neuron ini nama dia Giacomo Rizzolatti. Dia jumpa bila buat kajian terhadap monyet/kera menggunakan EEG tetapi beberapa tahun selepas itu, hal ini dikuatkan lagi dengan penemuan pada manusia juga menggunakan fMRI.

Secara amnya, eksperiman dijalankan dengan merakam gelombang elektrik otak berpandukan kepada kaedah yang tertentu.

Kesahihan eksperimen mirror neuron ini juga pernah diperdebatkan namun, dalam setiap eksperimen atau mana-mana kajian juga ada pros dan cons yang tersendiri. Gangguan kepada mirror neuron ini juga menjadi salah satu faktor penyebab kepada penghidap autisme. Sudah banyak sehingga hari ini kajian dilakukan dan sudah diterbitkan di jurnal ilmiah akademik berimpak tinggi.

Apa Lagi Mirror Neuron Mahu?

Sebab itu kita ada sebut macam terikut-ikut dengan seseorang oleh kerana mirror neuron ini ada pembelajaran daripada orang lain. Sama juga kalau kita lihat orang senyum atau ketawa, kita akan turut senyum/ketawa dan sebaliknya kalau sedih, kita akan menangis.

Sel saraf (mirror neuron) ini juga akan menghantar signal atau maklumat ke stesen yang bertugas dalam memanipulasi emosi kita dalam otak manusia iaitu amydala dan limbic system.

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.