Header Ads

Makanan dan Otak Manusia - Blog Neuron Nazeerah

Boleh jadi bentuk makanan itu menjadi rahsia yang tidak rahsia bila bercakap tentang kesihatan otak dan badan kita kan. Banyak lah samada tempatan atau luar negara.

kacang walnut Makanan dan Otak Manusia - Blog Neuron Nazeerah

Kacang Walnut

Naz bagi contoh kacang walnut, bentuk dia sama dengan keratan rentas saraf tunjang boleh jadi kacang baik untuk kesihatan otak atau saraf tunjang kita. Ada lagi iaitu buah kelapa. Kelapa itu sendiri macam otak, tempurung macam tengkorang (skull) dan air kelapa sebagai cerebrospinal fluid (CSF). Biasanya geng-geng jenis kacang seperti walnut ini bagus untuk tumbesaran sel otak samada yang baru nak tumbuh atau yang dah hausss di aidilfitri. Hehe.
buah kelapa Makanan dan Otak Manusia - Blog Neuron Nazeerah

Buah Kelapa

Ada juga Naz baca yang dikatakan air kelapa baik untuk orang yang menghidap Parkinson. Mungkin boleh ambik minyak kelapa juga. Kalau minum air kelapa yang pure belum campur gula atau coconut shake bagai itu lagi baguslah. Hehe.

Namun....

Tidak semestinya kena taksub makanan itu kena sama dengan otak ok LOL! Nanti nak cari semua benda yang kena sama dengan otak..hehe. Makanlah apa yang mudah kita dapat dan organik. 

Buah-buahan dan sayur-sayuran pun dah bagi protein sebenarnyam tak semestinya kena daging, ayam atau ikan. Sebab itu ada yang boleh jadi vegetarian. Hidup jerrr elok hehe.

Tidak perlu nak bagitahu satu-persatu makanan dalam dunia, boleh rujuk piramid makanan yang betul ye jangan piramid yang salah dalam merancang pemakanan. Oh! ya...makanan sunnah juga jangan dilupakan sebab banyak itu rahsia kesihatan yang tersirat. Boleh amalkan kurma, kismis, delima, buah zaitun, delima, buah tin dan sebagainya.

Antara Senarai Ringkas Makanan Yang Korang Boleh Ambil (Selalu dan Senang Jumpa)

  1. Ikan - omega3 untuk pembelajaran dan ingatan
  2. Kopi - caffeine untuk fokus, mood, daya tumpuan
  3. Kunyit - curcumin untuk pertumbuhan sel otak yang baru
  4. Limau/orange - Vitamin C untuk anti-oxidant lawan radikal bebas jaga sel untuk sihat
  5. Telur - Vitamin B6 dan B12 elok untuk warga emas dalam menjaga sel otak daripada proses penuaan/cepat lupa
  6. Teh hijau - Girls selain nak kurus hehe bagus teh hijau ada komponen L-theanine ini untuk bantu anda relaks, kurangkan anxiety, tingkatkan memori, kurangkan risiko dapat Alzheimer dan Parkinson.

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.