Rahsia Orang Bijaksana - Blog Neuron Nazeerah
Selalu dengar kan orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa mengingati mati? Apa maksud tersirat disebaliknya? Dari manakah petikan ini berasal sebenarnya?
Hadis Riwayat At-Tirmidzi, No. 2459
Hadis itu adalah daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya).” Berkata Abu ‘Isa: “Hadis ini hassan.
Pendapat daripada Intisari Hadis...
Ini menuntut manusia supaya berubah kepada yang tidak baik kepada baik. Memerlukan kemampuan diri dan akal fikiran yang panjang dalam memikirkan apa patut saya buat untuk masuk syurga Allah (S.W.T).
Pendek kata semua benda yang kita lakukan ini perlu penanda arasnya iaitu sebelum kita sudah "expired" atau sampai "due date" masing-masing. Insya-Allah.
Setiap tindak-tanduk perlu ada niat yang penting kerana-Nya supaya bijaksananya kita dalam memikirkan bagaimana untuk menjaga pahala kita supaya dapat mengatasi dosa di masa perhitungan kelak di sana nanti.
Seperti dalam entri yang lepas ini diakhir kata dunia tempat ladang tanaman untuk akhirat yang hasilnya dapat diketahui kelak.
Penutup
Boleh like atau follow facebook page Nazeerah sekadar berkongsi rahsia, tips dan segala-galanya berkaitan #neurosains dan slot otak kanan yang lebih dinamik!
Post a Comment