Kenali Otak Kenali Diri - Blog Neuron Nazeerah
Kita boleh kenal diri kita-sendiri melalui tingkah-laku kita! Bagaimana? Mudah Naz bagitahu bukan rahsia sangat pun ya....ada saja disekeliling kita ada juga yang mereka sudah perkatakan pun tentang hal ini. Jom buat ulangkaji. Cuba cek bersama-sama. Bukan mahu judge, tetapi mahu lebih memahami siapa diri kita.
Siapa Kawan Anda?
Orang kata, kawan kita mencerminkan siapa diri kita juga. Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, maka kita akan berbau wangi. Nak kenal kita, secara automatik boleh tahu melalui dengan siapa yang kita suka berkawan.
Berkawan menghasilkan persepsi yang juga berkaitan dengan otak dan apa yang kita rasa (hati kita) juga akan memberikan impak yang sama macam kawan kita itu.
Persepsi ini secara tidak langsung akan menghasilkan aura yang tersendiri dalam diri yang dikeluarkan unsubconsciously dalam membentuk sesuatu peribadi dan hati yang baik dalam kalangan bermasyarakat.
Cara Kita Berjalan
Cara jalan dari segi pantas atau lambat? Ada yang jenis jalan laju. Naz jalan laju tapi taklah laju sangat hehe. Pernah tak kalau anda ini jenis yang jalan laju dan berjalan dengan orang yang jalan agak perlahan? Boleh adaptasi tak dengan kelajuan dia? Mesti rasa tak kan? Hehe.
Jalan cepat, otak pun cepat berfikir. Jangan terlalu memperlahankan tingkah-laku sampai terlalu perlahan menyebabkan potensti otak juga menurun.
Cara Kita Bercakap Atau Bertutur
Sama juga dengan berjalan. Ada yang cakap laju, perlahan, sederhana. Macam-macam. Orang yang cakap laju, otak mereka aktif memproses perkataan dan bahasa di bahagian tengah dan secara spesifiknya kawasan yang betugas diotak adalah kawasan Wernicke dan Broca.
Pokoknya, segala tingkah-laku yang pantas dapat mengaktifkan otak anda secara optimum, namun jangan keterlaluan. Begitu juga dengan topik perbualan. Ada tak orang yang tak minat boleh excited bila bercerita tentang bola sepak?
Ada tak kadang-kadang anda rasa rimas kalau ada topik yang memang anda tak suka bahas dan dengar pun? Makanya carilah diri anda, kenali otak dan ledakkan potensi diri!
Apa Prinsip, Matlamat Dan Cita-cita Anda?
Ini juga salah satu nilai dan cara dalam memacu anda dalam merangka diri anda dalam mencapai hasrat anda tersebut. Kalau anda sudah ada terapan awal ini, maka ianya dikatakan mampu memberikan motivasi kepada diri anda sendiri.
Minat kita berbeza termasuklah juga dalam bab makanan, warna kesukaan, bersukan, pekerjaan, cara kerja dan sebagainya.
Penutup
Mungkin ada banyak lagi cara dalam mengenali diri, namun kupasan ini lebih spesifik kepada tingkah-laku kita dalam kehidupan seharian. Yang baik itu datang dari Allah (S.W.T), yang buruk itu datang dari manusia sendiri. Ini mungkin tafsiran kajian yang kemungkinan sama dan sebaliknya.
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini kita akan lebih cakna dan peka dengan diri-sendiri dalam memperbaiki diri kearah yang lebih baik. Jumpa lagi dientri menarik yang akan datang!
Post a Comment