Ada seorang, Naz tak ingat siapa dia buat PhD dalam bidang Neurocriminology yang kena sampling dekat penjara jumpa banduan. Yaa ampun bagus betul budak itu...dah grad kot. Pensyarah Naz dulu, Dr. Geshina Ayu Mat Saat kalau ada temubual kes kriminologi Malaysia atau jenayah dia selalu muncul dikaca tv korang google jerr hehe. Dia ajar Naz dalam salah tajuk/bab bagi subjek berkaitan Neuropsikologi.
Ok, sebelum itu neurosains lain ye dengan psikologi full ini, psikologi fokus kepada major perlakuan tingkah laku, kaunseling. Neurosains lebih kepada sistem saraf. Dalam neurosains juga ada bidang merge dengan psikologi iaitu neurobehaviour.
Neurosurgeri pula bab bedah otak orang sebab itu cara budak medik belajar neuroanatomi tak sama dengan budak neurosains belajar neuroanatomi. Geng medik mesti hafal from zero to hero, geng neurosains perlu ingat dah tahu sudah ok. Sebab kami tak bedah otak orang! Hehe.
Neurologi itu pula doktor perubatanlah ya diaorang fokus ambik bidang otak untuk further development skills...boleh cari pakar berdaftar yang bertauliah bawah KKM semua ada ek. Ada juga bab neurosains yang budak medik tak tekankan sangat. Jadi ada pros dan cons memasing.
Neurosains Dan Aplikasi Dalam Penyiasatan
Naz tak tahu sejauh manakah bidang ini diaplikasikan di Malaysia sebab Naz bukan polis dan peguam hehe jadi detail tak tahu. Jadi, Naz dapat tahu yang neurosaintis antarabangsa bekerjasama dengan contoh FBI untuk membuat penyiasatan atau temuramah kepada kes sebelum mereka disabitkan kesalahan atau orang kena tahan (OKT).
Sebab itu penyiasatan kena ada skills, kita boleh tahu dia menipu atau tidak sekiranya bersalah, macam mana kita nak tahu yang seseorang itu menyembunyikan fakta atau sebaliknya. Ada kes sampai lembik dan letih orang itu kena soal-siasat sahaja sebab mungkin mereka penat otak.
Naz akan bercakap dari sudut padang neurosains lah ya apa lagi...hehe. Soal siasat ini bukan proses sekejap dan ada kes rumit yang mengambil beberapa bulan atau kadang bertahun-tahun lah kan seperti yang korang tahu proses perbicaraan kan.
Elemen Neurosains Dalam Bidang Kriminologi
Satu istilah atau teknik yang sering digunapakai adalah dalam kaedah memberikan rangsangan secara tidak sedar secara tiba-tiba kepada orang yang disoal siasat. Istilahnya disebut sebagai
startle reflex dalam menghasilkan
startle response.
Startle reflex adalah tindak balas yang cepat dan automatik disebabkan oleh rangsangan yang tiba-tiba dan kuat. Orang mengalami pengalaman berdepan dengan situasi yang dahsyat mempunyai respon startle yang tinggi. Contoh yang mengalami post-traumatic stress disorder (PTSD) dan yang ada masalah kegelisahan (anxiety).
Biasanya PTSD ini macam lepas korang terlibat dalam peristiwa yang sangat mengejutkan korang seperti tengok tsunami depan mata, terlibat dalam kemalangan atau pengalaman korang sendiri dan sebagainya.
Pelbagai Aspek Dan Faktor Kriminologi
Penyebab seseorang itu melakukannya tidak tertumpu kepada satu faktor, malah ia merangkumi elemen neurobiologi, budaya, pendidikan, persekitaran sosial, genetik, kecenderungan karakter individu, pengaruh dan sebagainya.
Post a Comment