Korang Buat Tak Benda Ini Masa Guna Telefon Pintar? - Blog Neuron Nazeerah
Korang guna telefon pintar/handphone suka tak call atau prefer #whatsapp/sms? Jujur, now wasap la kan, tak pun sms. Sebab, yang call ini scammer maybe, kalau apa-apa urusan rasmi memang kebanyakan guna email rasmi dan laman web.
Cara Guna Telefon Pintar Untuk Jaga Otak
Guna telefon dalam keadaan bateri yang masih tidak berada pada paras yang baik atau bateri dah nak habis. Lebih-lebih lagi bila korang buat panggilan, kalau kes kecemasan atau nak cepat, cuba sms.
Tak payah nak berbual lama-lama. Naz rasa zaman sekarang tak ada isu kan pasal dah ada voice mesej, audio bagai.
Beli earphone daripada terus lekapkan telefon masa buat panggilan dan masa nak buat panggilan sekiranya korang tak ada earphone masa itu boleh buat loudspeaker lepas orang yang korang nak telefon itu angkat, barulah lekapkan ke telinga kalau perbualan tak mahu didengari.
Tengok tempat dan keadaan masa nak call orang. Tempat yang tak digalakkan untuk buat panggilan seperti dalam keretapi, bas, kereta atau mana-mana tempat yang tergolong dalam kenderaan awam/laju dan sempit.
Beli telefon yang original sebab telefon tiruan bahaya tak ada spesifikasi, quality control (QC), keselamatan. Guna telefon itu pun dah ada gelombang atau magnet yang masuk dalam badan kita. Otak kan bercas elektrik jugak sebab itulah kita kena beli telefon yang bermutu tapi berpatutan. Guys, dah banyaklah telefon bermutu yang murr murr jer kan sekarang. Nak tak nak jerr beli.
Janganlah guna telefon masa korang tengah cas! Ini ramai ke buat? Selain tidak memberikan kesihatan dan jangka hayat bateri cepat lemah, ini juga tidak memberikan kesihatan kepada otak kita.
Jangan dengar lagu atau apa-apa audio dengan earphone masa nak tidur. Sebab masa nak tidur gelombang otak dah jadi lain. Gelombang asas otak ada alpha, beta, theta, gamma dan delta. Kesemua jenis gelombang otak ini ada tahap tembus memasing bila tidur gelombang delta dikatakan lebih tembus deep dalam otak.
Jadi gelombang dari telefon bimbit ini sangat membahayakan kita kalau guna masa tidur sebab frekuensi otak bawah gelombang delta membuatkan gelombang atau magnet dari telefon dapat tembus otak lebih dalam.
Sebab itu, kita pernah dengar kes yang mangsa kepada telefon bimbit masa tidur. Kan.
Guna telefon lama-lama boleh beri kesan kepada kesihatan otak. Zaman sekarang sudah banyak pilihan. Boleh share kepasa keluarga atau saudara-mara korang yang leka, atau masih tidak tahu. Semoga bermanfaat ya!
Post a Comment