Header Ads

BUKA BICARA 2019 NAZEERAH

Wah! Tahun 2019 sudah sampai! Saya buka bicara kali ini, bermacam-macam goal sudah dibuat, yang dah tercapai, tahniah buat anda. Semoga sentiasa mempertingkatkan diri masing-masing.

bloggingherway.blogspot.com
bloggingherway.blogspot.com


CREATOR NOT CREATOR - 101 TRENDS TAHUN 2019

Tahun 2018 sudah habis dan tahun 2019 baru bermula saat entry ini ditulis Januari 2019. Masing-masing bising dengan matlamat belum tercapai dan masing-masing masih memasang matlamat yang bakal dicapai kelak. Ini sedikit perkongsian berkenaan trends tahun 2019.

CreatorIQ’s Nate Harris mengatakan bahawa, sesuatu post yang dilakukan oleh 1st party (bukannya 2nd party atau 3rd party)  itu sememangnya boleh diketahui dan diakses 'reach' dan 'engagement'. Hal ini penting dalam kalangan 'influencer marketing' dimana sekiranya seseorang 'influencer' terbabit membuat 'posting' tertentu, ianya dikira sebagau 1st party dan akses bagi 'true reach' dan 'true engagement' amat penting dalam mengenalpasti samada seserang influencer itu mempunyai 'follower' atau pengikut yang dibeli dimana pengikut yang dibeli ini tidak termasuk dalam 'true reach' dan 'true engagement' tersebut.

Antara brand gergasi yang tidak memilih dan tidak membuat perniagaan dengan influencer yang mempunyai pengikut palsu adalah syarikat Unilever. Ini penting bagi mengelakkan pembaziran bagi brand gergasi dalam membayar perbelanjaan yang sememangya tidak akan menguntungkan brand atau syarikat mereka apabila bekerja dengan kelompok yang menggelarkan diri mereka ini sebagai 'influencer' yang sebenarnya mempunyai hanya 'fake followers' yang sangat banyak/ pelik.

1. Jangan terlalu fokus kepada Ads

Kajian Nielsen pada tahun 2015 mengatakan bahawa orang lebih mempercayai sumber pemasaran daripada orang yang mereka kenali, laman jenama, laman editorial dan laman review. Tambahan pula, dijangkakan 30% daripada pengguna internet diramalkan menggunakan 'ad blockers'. Hal ini secara kasarnya boleh dianggarkan sistem ads ini sememangnya tidak pun mencapai sehingga 30% pun. Jadi, Ads kebiasannya perlu memberikan kebaikan kepada audien, barulah ads itu dikatakan tidak membazir. 

Jangan terlalu fokus bukannya tak mahu buat langsung ok.

2. 'Be creative' dengan cara anda

Kreatif dengan cara anda sendiri biarpun idea atau langkah anda itu belum ada orang buat lagi atau tidak ramai lagi yang buat. Kemungkinan langkah yang anda lakukan itu sedikit cara lama atau tradisional, kalau dihitung mungkin tidak ramai lagi yang melakukannya. Hal ini menyebabkan cara itu menjadi tidak ramai orang yang lakukan dan mengapa tidak anda yang mengambil inisiatif untuk mengekalkan sesuatu cara tersebut dimana sememangnya ada kelompok yang menyukainya kan?

Sebagai contoh, surat khabar digital sekarang memang sangatlah banyak. Namun, masih ada yang setia dan utuh membeli surat khabar printed kan? Cara kita mengolah itu sangat penting. Jadilah orang yang kreatif.

3. Tumpukan kebaikan secara dominan

Kebaikan kepada pelanggan/penggemar/pengikut atau bakal pelanggan/penggemar/pengikut dimana mereka mendapat sesuatu input yang berguna dalam kehidupan mereka. Memang tidak dapat dinafikan sekiranya terdapat unsur yang kurang berguna atau tiada apa yang boleh kita berikan kepada mereka, kerana ianya norma kehidupan. Oleh itu, perlunya kita untuk terus bertumpukan kepada kebaikan dalam segala aspek seperti produk, service anda secara dominan.

4. Perlu tahu demografi pelanggan/penggemar/pengikut

Perlu 'deeply concern' tentang latar belakang mereka termasuklah umur, bangsa, budaya dan kalau di media sosial seperti instagram, facebook dan sebagainya sudah ada analysis pengikut anda. Jadi, menjadi inisiatif anda untuk menggunakan data analysis itu dalam memasang strategi utuh dalam menyentuh isu yang menjadi faktor bagi mereka terus menjadikan tidak kira apa jua perniagaan yang anda lakukan mendapat reach dan engagement yang baik.

5. Be yourself (authentic) sometimes

Authentic dan customer meeting up untuk syarikat besar yang kemungkinan menggunakan teknologi dan automasi dalam menguruskan perniagaan mereka. Perlu juga untuk sesuatu syarikat itu dalam menggerakkan pasukan yang boleh turun padang dalam face-to-face dengan pelanggan kerana ianya lebih menyebabkan kepercayaan kepada sesuatu syarikat itu meningkat malah lebih lama.

Dengan adanya teknologi dan robotic automatik zaman ini, kita tidak semestinya melupakan startegi kecil namun ianya memberi impak kepada kelangsungan sesuatu perniagaa.

Tidak kira syarikat besar atau pun persendirian sama sahaja kerana syarikat yang kecil pun akan jadi besar kan?

6. Video itu mesti

Ramai yang engage dengan video waktu ini termasuklah live video, streaming dan premier. YouTube sudah tidak asing lagi dan ada beberapa negara seperti di Amerika yang majoriti menggunakan Twitch untuk streaming game terutamanya. Facebook, Twitter, Instagram dengan IGTV. 

7. Voice

'Voice interaction' yang melibatkan 'machine learning' dimana ianya dapat mengenalpasti perkataan yang ingin dicari. Oleh itu, sesuatu deskripsi produk atau servis perlulah mesra pengguna dan mudah difahami serta selalu digunakan. 

8. Visual

'Visual search' yang memudahkan pelanggan hanya snap dan terus dapat mengetahu mengenai sesuatu barang yang sama seperti yang mereka mahukan. Sebab itu syarikat besar sekarang telah mengenakan tindakan undang-undang bagi memelihara harta intelek mereka dan 'rights' seseorang supaya hasil karya tidak sewenang-wenangnya diciplak dengan mudah tanpa mendapatkan 'consent' empunya pemilik asal.

Dalam Islam ia semestinya haram ibarat mencuri tidak kira dalam apa jua kaedah. 

9. Artificial Intelligent (AI)

Ya, memang sudah tidak dinafikan bidang ini semakin penting dalam memudahkan kerja-kerja yang diluar kemampuan manusia. AI sebagai contohnya chatbots dimana chatbots dapat membantu manusia dalam berinteraksi dengan pelanggan dalam menjawab persoalan yang mereka ajukan dengan lebih cepat dan berkesan. 

Hal ini penting dalam mengekalkan momentum dan memberikan persepsi positif kepada komitmen kita kepada mereka. Pelanggan tidak suka berurusan dengan peniaga yang delay dan lambat. 

Mereka akan mencari peniaga yang aktif dan berkomitmen tinggi kerana sekiranya mereka mempunyai masalah dan memerlukan penyelesaian yang drastik, maka mereka peniaga yang komitmen tinggi itu akan menjadi piliha dan peniaga yang kurang peka dengan konsep komitmen akan tiada tempat dalam contact list telefon mereka.

10. Augmented Reality (AR)

Pengiklanan AR sangat berkesan dalam meningkatkan keyakinan manusia untuk membeli sesuatu. 

AR bukan sahaja untuk bermain game, malah ianya perlu dalam sistem dan strategi perniagaan merentas masa ketika ini. Permasalahan barang yang dibeli tidak sama dengan apa yang digambarkan atau diiklankan dapat diselesaikan melalui cara ini. 



Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.