GADGET VS JEWELRY
GADGET ATAU JEWELRY?
Setiap orang ada minat masing-masing. Kalau diberi pilihan antara 2 ini samada gadget atau jewelry, saya pilih gadget hehe. Ya, barangan kemas itu minat juga tetapi tidak sehebat saya meminati gadget.
Apabila bercakap berkenaan minat, ia tidak semestinya beli semua benda seluruh pelusuk dunia, masuk degree in gadget ke apa semua, tetapi ianya lebih cenderung untuk mencari ilmu tentang dunia gadget yang terbaik dan yang terbaik perlu saya dapatkan. Ilmu secara formal atau tidak formal yang menjadi pelengkap abadi kepada keperluan anda dalam menjadi pencinta gadget yang sejati.
GADGET KELUARAN NEGARA MANA?
Well, saya ada baca yang Jepun antara negara yang terbaik dalam teknologi ada juga yang US dominasi dan saya suka macam apple atau iphone kalau tak pink, gold, merah warna kesukaan saya. Laptop yang saya pakai sekarang pun berwarna merah. Tetapi biru juga warna kesukaan saya.
Namun, ada juga Jepun lebih baik seperti anda tengok sendirilah jenama gergasi seperi Canon, Nikon...kalau dengar nama-nama ini tak sah kalau kita tidak petik camera DSLR kan.
iPhone 6 with 32GB,Gold |
Kalau dari segi mobile atau smartphone pula selain iPhone, ada juga produk dari China iaitu Xiaomi dan Huawei. Xiaomi ibarat iPhone versi China tetapi saya tetap prefer iPhone. China terus nak mendominasi dengan pengenalan jenama Oppo, Lenovo dan juga Vivo. Boleh tak Malaysia buat smartphone sendiri? Ayuh! Samsung dan LG semua tahulah negara kpop semua, Korea.
Saya juga noted dah masuk Malaysia iaitu jenama Honor. Honor jenama China juga cuma dia sub-brand daripada Huawei. Kalau Jepun, brand Sony tetapi perlu tengok spesifkasi total dahulu sebelum saya nak beli.
Nak cerita waktu dahulu, saya belum sempat pakai Blackberry sekitar tahun 2012, sekarang dah tak popular kerana firasat kuat untuk beli Samsung dahulu, dan tak rugi sebab makin lama makin ramai yang pakai.
Apa yang saya mention diatas adalah antara jenama kebanyakan orang pakai. Cabaran buat Malaysia buat top jenama smarpthone suatu hari nanti?
MANA NAK CARI GADGET ORIGINAL DAN SELAMAT?
Nak cari gadget originak dan selamat melalui online dan offline mudah sahaja. Kebanyakan yang cari bukan original itu nak yang murah atau tidak tahu spesifikasi bagi laptop atau mobile yang original.
Kalau yang kaki shopping mungkin akan terus jejakkan kaki ke store berdekatan kan? Cuma kalau nak beli barangan yang penting dan mahal seperti mobile, laptop dan seumpamanya, saya lebih prefer pergi ke outlet yang betul-betul brand dia atau pun survey dahulu, bukan pergi outlet yang caca marba dikhuatiri diciplak atau bukan orignal.
Orang Malaysia mungkin tidak begitu familiar dengan ebay, Amazon even Alibaba. Orang Malaysia saya syorkan beli dengan Lazada Malaysia kita ada yang bertauliah. Ada authentic page seperti Lazada Mobile tak pun melalui Lazada App.
Ada juga 11Street ini yang kawan saya suka guna sebab ada kupon diskaun katanya. Saya lebih kepada Lazada dan ada juga membeli di laman web 11Street kalau betul-betul berkenan dengan barang yang saya nak beli atau pun barang yang saya nak tiada di Lazada. Oh, ya Lazada mungkin ada kerjasama dengan China sebab agak baru juga mereka ada slot Taobao Collections kalau anda perasan di laman web Lazada.
Satu lagi, jangan lupa Zalora Malaysia yang saya melihat ianya lebih kepada fesyen pada permulaan. Tetapi, ada juga gadget yang dijual di Zalora Mobile Malaysia . Jadi, apa lagi banding jangan tak banding. Hehe. Top 3 (Lazada, 11Street, Zalora) platform yang mudah, selamat dan boleh dipercayai sebagaimana kita juga perlu bijak dalam membuat pembelian kalau ada masalah, laporkan.
Saya akan terus berkongsi cerita, boleh komen kalau ada sebarang komen atau cadangan saya amat alu-alukan.
Post a Comment