Pengalaman Seram Masa Kecil (Slot Otak Kanan) - Blog Neuron Nazeerah
Ada ke orang tak lalui pengalaman seram dalam dunia ini? Untuk entri slot otak kanan ini topik selain neurosains, Naz nak cerita tentang pengalaman seram masa kecik sangat dulu dalam lebih kurang 5-6 tahun, yang pasti sebelum Naz tadika kot hehe...lama dah kan. Naz tak banyak pengalaman seram, jadi bila teringat memori ini, Naz saja nak kongsi khas kat blog ini jerr, Naz tak cerita kat mana-mana.
Seram Ke Tidak? Boleh Nilai Sendiri...
Naz dulu tinggal di kuaters guru sebab abah Naz ni cikgu (sekarang dah bersara) dan dah lama pindah rumah sendiri keluarga sendiri lah, jadi tak tau, samada kawasan kuaters yang Naz tinggal dulu itu, dekat atau tidak dengan zoo yang dah bertukar jadi kawasan seram sekarang. Ada sudah pun beberapa manusia, yang sukakan aktiviti seram pergi ke zoo itu yang sekarang ini dikatakan sudah berhantu. Zoo itu jeng jeng jeng...terletak di Kuala Krai!...yaa Zoo Kuala Krai! Dah berhantu dah sekarang kan korang?. Tahun 90-an kan....masih meriah rasanya orang cakap.
Jadi, bila tahun 2021 ini, ada yang pergi sana bagai buat video seram, Naz tanya abah Naz balik, dulu, kuaters kita duduk itu dekat tak abah dengan zoo itu? Pasal Naz dulu, happening tak ada apa-apa pun? LOL. Jadi, abah Naz kata dekat juga dengan zoo itu. Jadi, Naz dalam hati (syukur dah berpuluh tahun dah tak tinggal situ). Naz ada dengar cerita tahun 2021 ni la, yang zoo itu, akan dibuka balik? Entah...hehe.
Sebab dulu, memori Naz dah macam samar-samar, sebab pernah jugak pergi zoo masa di kuala krai, tetapi Naz rasa memang zoo itulah kot! Haha...sebab dah tak ada zoo lain area kuala krai waktu itu kan. Naz tak terfikir langsung pasal kewujudan zoo itu pun sepanjang tinggal di kuaters guru di kuala krai waktu dulu. Tambahan pula, bila umur Naz dah 7 tahun, kitaorang sudah berpindah lagi ke tempat lain.
Jadi, Apa Yang Seramnya?...
Yang seramnya, Naz dulu masa kecik, kan orang kata budak kecik boleh nampak, tapi.. tapi.. tapi.. Naz, bukan jenis yang nampak ye korang, minta jauhlah pasal penakut ini sebenarnya...hehe.
Masa kecik, dalam tandas, Mak selalu tarik Naz keluar dari tandas sebab mungkin Mak dengar Naz budak kecik gelak dalam tandas sebab bukan apa guys, Naz nampak bayang-bayang tangan putih dalam lubang tandas. Tak logik kan, sebab sepatutnya, Naz akan nampak bayang-bayang syilling lah kan, sebab ada bumbung bahagian atas? Jadi, bila budak kecik, Naz pun gelak-gelak lah serius tak rasa takut masa itu guys, itu lah pasal Mak Naz tarik dari dalam tandas, dia macam tengok-tengok jerr Naz pelik. Sebab 5-6 tahun naluri ibu tak tahu apa dia rasa. LOL. Mungkin ya kot orang kata budak kecik ini dia nampak.
Tak kerap pun bayang-bayang itu muncul, sekejap dan tak ganggu apa-apa pun. Persoalannya, kan bayang-bayang tangan putih macam pakai sarung tangan lab makmal itu, datang dari mana, sampai sekarang masih jadi misteri dan bayang-bayang jer lah.
Haaa, itu jerr lah ceritanya, pengalaman seram Naz, tak banyak cerita, mungkin Allah (S.W.T) itu tahu yang Naz ni penakut....hehe. Naz ada dengar cerita seram orang lain macam banyak dak lebih menakutkan itu Nauzubillah la... takut bila sensorang kan? Kalau ada teringat lagi kisah seram, Naz akan cerita... kalau sudi baca...hehe.
Penutup
Apa-apa pun, letakkan keyakinan yang tinggi kepada Allah (S.W.T), kerana Dia Maha Berkuasa kepada semua makhluk di muka bumi ini. Ok, guys! Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Jangan lupa, kongsi komen like entri blog ini supaya lebih ramai mendapat manfaat.
Post a Comment