Puisi P300 Sempena Hari Ibu - Blog Neuron Nazeerah
Puisi P300 Sempena Hari Ibu nukilan asal Neuron Nazeerah.
Minda masih terbenam memori,
Batasan waktu ketika itu,
Neuron nakal menari-nari,
Diusir waktu, dirai masa lalu.
Kini diri mengukir memori,
Madah berkata, oh! aku disini,
Tikar antik dianyam memori,
Walau diri diuji sana sini.
Jati diri ibu pertiwi,
Kini diri menyusun duri,
Duri diikat berkali-kali,
Onak duri kanan kiri.
Jari-jemari tersusun sepi,
Menjemput memori, gyri diri,
Rambut mentah disikat rapi,
Rapinya kemas tidak terperi.
Dikala waktu mencemburui diri,
Hikmah waktu, Ilahi Maha Mengetahui,
Segala waktu, dipahat memori,
Segala madah, memori menemani.
Hippocampus mari, mentahnya muda,
Dambaan manusia sekelip ada cuma,
Tinta pena, suara menerpa,
Action potential tiba, synapse tiada rupa.
Hikmah didamba tiada terluka,
Memanggil amygdala otak dunia,
Daku sedari limbic bersama,
Ibu sini sana, tenang adanya.
NUKILAN ASAL: NEURON NAZEERAH
7 Syawal 1442H (19 Mei 2021)
Post a Comment