Bongkar 2 Rahsia Cara Jual Kopi Dan Popcorn #Neuromarketing101 - Blog Neuron Nazeerah
Naz tak nak bagitahu siapa dan dimana mereka yang sudah aplikasikan teknik ini, korang boleh kaji dan adakah korang sendiri pernah terbeli bilamana nak beli A saja tapi terbeli yang B pulak. Jom baca lanjut, apa sebab.
Rahsia Nak Jual Kopi dan Popcorn
Kopi dan popcorn itu adalah salah satu, boleh juga diaplikasikan teknik ini kalau nak jual benda lain. Teknik ini juga banyak sangat geng iklan tv lakukan. Uniknya #neuromarketing atau psikologi bisnes ini, walaupun kita sudah tahu itu teknik, namun lumrah manusia terjebak dan terpengaruh (bias kognitif) dalam membuat sesuatu keputusan dalam pembelian mereka. Naz bagi contoh mudah, teknik 'sales' itu juga adalah strategi yang ramai tahu, tapi korang still tertarik dengan perkataan 'sales' itu kan? Yes, jangan tipu..hehe.
Teknik 1 - Susunan Ayat
Rahsia dan teknik 1 adalah susunan ayat. Info yang hendak disampaikan itu sama, tetapi cara yang berbeza. Contoh kat bawah ini, Naz rasa korang dah tahu nak guna yang mana satu.
Dibawah ini pula contoh kedua ini bagi teknik susunan ayat. Masih lagi benda atau produk yang sama, tetapi cara bagi informasi yang berbeza.
Yang ini pula contoh ketiga bagi teknik susunan ayat. Produk yang lain ditambah pula dengan cara bagi info yang berbeza. Boleh jadi produk pun boleh sama, tetapi cara bagi info yang berbeza menyebabkan ada penjual itu dapat jualan manakala ada penjual yang tidak dapat jualan.
Teknik 2 - Coretan Palang
Teknik 2 ini sudah biasa kita lihat iaitu coretan palang keatas harga yang nak diberikan diskaun. Tengok contoh dibawah ini, Naz dah pangkah cara yang salah.
Ini, contoh kedua bagi teknik coretan palang.
Ok, entri kali ini banyak gambar sebab nak bagi korang nampak dengan senang. Korang boleh kongsikan entri ini, supaya lebih ramai mendapat manfaat.
Penutup
Ini merupakan cara, ikhtiar kita dalam perniagaan. Sekiranya, satu teknik tak menjadi ada banyak lagi teknik yang boleh digunakan. Ingat, rezeki itu datang daripada Allah (S.W.T). "Man Jadda Wa Jadda".
Jumpa lagi dalam entri yang akan datang ye korang!
Post a Comment