SAJAK OTAK P600
Bila otak bersajak, tiada apa yang boleh diotakkan. Hanya otak suci minda bersajak bahasa P600.
SAJAK OTAK P600 original masterpiece by Nazeerah
Oh! Otak
Tanpa corpus callosum, kamu goyah,
Tiada daya mahu bermadah,
Kira dan kanan tiada arah,
Walau ada masih berdarah.
Oh! Otak
Hadirmu kadang tiada disedari,
Demi mengemudi duniawi ini,
Untuk akhirat yang hakiki,
Walau setiap insan kerdil berdiri.
Oh! Otak
Galimu gali, lagi dan lagi,
Bagai mencari erti diri,
Biar diri dipaksa sendiri,
Demi erti yang masih dicari.
Oh! Otak
Setiamu berbakti mencurah persepsi,
Demi emosi meningkatkan diri,
Serotonin dicari positifkan diri,
Demi mencari sesuap LTP.
Oh! Otak
Neuron juga berplasticity,
Menyergah indah segala synaptic plasticity,
Onak diredah duri diselidiki,
Hippocampus bekerja tanpa henti.
Oh! Otak
Astrocytes sentiasa menemani disisi,
Perjuangan bersama myelin sheath dirai pasti,
Pelbagai asal-usul datang dan pergi,
Cerebrum, cerebellum, brain stem mahupun aras cortex tinggi.
Oh! Otak
Berbaktilah selagi masih berdiri,
Kekalmu abadi tidak terperi,
Walau badai datang dan pergi,
Dirimu otak abadi dan hakiki, kukuh berbakti.
Nukilan asal: Nazeerah
Post a Comment