Header Ads

INTISARI RINGKAS HADIS 40

Perkongsian dari sebuah buku tentang Hadis 40. Dipetik dari buku secara ringkas untuk rujukan bersama semoga memberi manfaat dan peringatan buat kita semua di dunia dan akhirat.


HIMPUNAN KESIMPULAN HADIS 40

  1.  Setiap amalan mesti ada niat
  2. Amalan yang tidak ada niat dikira tidak sah
  3. Segala amalan dibalas mengikut niat
  4. Amalan yang disertai niat yang baik sahaja yang diterima oleh Allah
  5. Untuk mendapat pahala, setiap amalan mestilah diniat dengan baik
  6. Allah mengetahui niat hati hamba-hamba-Nya
  7. Malaikat boleh menjelma sebagai manusia
  8. Ada sesetengah sahabat nabi yang pernah melihat malaikat
  9. Rukun-rukun Islam hendaklah dikerjakan dengan sempurna
  10. Jangan malu bertanya mengenai hukum-hukum Islam
  11. Rukun-rukun Iman hendaklah diyakini dengan sepenuh hati
  12. Membuat amalan hendaklah dengan ikhlas
  13. Kiamat pasti akan datang
  14. Salah satu tanda kiamat ialah ramai orang kaya raya
  15. Agama meliputi: Islam, Iman dan Ihsan
  16. Allah Maha Mengetahui
  17. Islam menyeru manusia beriman kepada Allah dan rasul-Nya
  18. Orang Islam tidak boleh meninggalkan sembahyang
  19. Orang Islam hendaklah mengeluarkan zakat
  20. Islam manganjurkan umatnya supaya menolong orang yang susah
  21. Mengerjakan haji adalah wajib bagi orang yang mampu
  22. Orang Islam hendaklah berpuasa pada bulan Ramadhan
  23. Islam menghubungkan antara manusia dengan tuhan
  24. Islam membersihkan rohani dan jasmani
  25. Untung nasib manusia telah ditentukan oleh Allah
  26. Manusia ketika dalam kandungan ibunya telah ditetapkan 4 perkara iaitu rezekinya, ajalnya, amalnya celaka dan bahagianya
  27. Manusia wajib berusaha dan beramal
  28. Segala perkara yang berlaku dengan kehendak Allah
  29. Manusia tidak boleh berputus-asa kerana Allah yang menetapkan segala-galanya
  30. Amal ibadat mesti dikerjakan menurut ajaran agama
  31. Amalan yang tidak menurut ajaran agama, tidak diterima oleh Allah
  32. Segala amalan agama tidak boleh direka-reka
  33. Amalan yang bertentangan dengan Islam hendaklah ditolak
  34. Orang yang mereka-reka dalam urusan agama akan menerima balasan seksa dari Allah
  35. Islam telah menerangkan perkara yang halal dan haram
  36. Perkara yang syubhat hendaklah dijauhkan
  37. Setiap orang hendaklah menjaga kehormatan diri
  38. Jauhilah perkara yang boleh membawa kepada kerosakan diri
  39. Setiap orang hendaklah melatih diri membuat perkara yang baik
  40. Hendaklah sentiasa membaiki hati
  41. Islam mengajar manusia untuk kebaikan
  42. Ajaran islam adalah dari Allah dan rasul-Nya
  43. Setiap orang hendaklah sentiasa memberi nasihat dan berdakwah
  44. Nasihat yang baik hendaklah diikuti
  45. Orang yang tidak mengikut nasihat akan binasa
  46. Berjihad menegakkan Islam adalah wajib
  47. Setiap orang Islam hendaklah berjuang menghapuskan perkara yang karut
  48. Islam sahaja agama yang benar
  49. Manusia hanya mengetahui perkara yang zahir sahaja
  50. Perkara batin terserah kepada Allah
  51. Setiap orang hendaklah menjauhi perkara yang ditegah oleh agama
  52. Segala suruhan agama hendaklah dikerjakan dengan rajin dan bersungguh-sungguh
  53. Mengerjakan suruhan agama adalah mengikut yang terdaya
  54. Orang yang tidak menurut perintah agama tidak akan selamat
  55. Islam menyeru kepada perpaduan dan menjauhkan perselisihan
  56. Kejadian yang menimpa umat yang terdahulu hendaklah dijadikan tauladan
  57. Dilarang dalam bertanyakan banyak perkara yang sia-sia
  58. Orang Islam disuruh bersikap baik dalam segala gerak-geri, perbuatan dan tutur kata
  59. Semua syariat Allah menyeru kepada kebaikan
  60. Orang Islam disuruh mencari rezeki yang halal
  61. Makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal hendaklah yang halal
  62. Tuhan tidak menerima doa orang yang mendapat hasil yang haram
  63. Bermewah dalam harta yang haram adalah dikutuk oleh tuhan
  64. Dilarang memakan harta syubhat
  65. Hendaklah ditinggalkan segala pekerjaan yang mendatangkan keraguan
  66. Pilihlah perkara yang tidak merasa ragu-ragu
  67. Perasaan syak atau ragu-ragu adalah sifat yang tidak baik
  68. Dilarang mengganggu urusan orang lain
  69. Mengganggu urusan orang lain adalah tercela
  70. Tinggalkan perkara yang tidak berfaedah
  71. Islam menggalakkan umatnya mengerjakan perkara yang berfaedah
  72. Membuat perkara yang berfaedah akan diberi pahala
  73. Mengganggu urusan orang lain adalah berdosa
  74. Iman tidak sempurna kalau tiada rasa kasih sayang antara satu sama lain
  75. Islam menggalakkan umatnya hidup berbaik-baik dan harmoni
  76. Islam memerintahkan umatnya supaya bersikap baik sesama Islam
  77. Haram membunuh seseorang kecuali dengan hak
  78. Membunuh boleh dilakukan keatas 3 golongan iaitu janda yang berzina, bunuh balas dan orang yang murtad
  79. Darah dan nyawa orang Islam adalah dihormati
  80. Membunuh tidak boleh dilakukan dengan sesuka hati
  81. Orang yang beriman hendaklah bercakap dalam perkara yang baik
  82. Dilarang bercakap dalam perkara yang jahat dan dosa
  83. Dalam sesetengah keadaan, lebih baik berdiam diri
  84. Orang Islam hendaklah menghormati jiran dan tetamu
  85. Bercakap hendaklah berhati-hati dan sesuai pada tempatnya
  86. Kita hendaklah sentiasa meminta nasihat daripada orang yang pandai
  87. Jangan malu meminta nasihat dalam perkara yang baik
  88. Pemarah atau cepat naik darah adalah sifat yang keji
  89. Kita hendaklah sentiasa tenang dan sabar
  90. Segala pekerjaan hendaklah dilakukan dengan sempurna
  91. Dilarang menyeksa binatang
  92. Menyembelih hendaklah dengan pisau yang tajam
  93. Islam adalah agama yang adil
  94. Kita hendaklah sentiada bertakwa kepada Allah
  95. Wajib dalam memelihara diri dari kejahatan setiap masa dan pada sebrang tempat
  96. Hendaklah segera bertaubat daripada dosa
  97. Hendaklah memperbanyakkan membuat amal dan kebajikan
  98. Kebajikan dapat menghapuskan dosa
  99. Hendaklah bergaul dengan perangai/sikap yang baik dan mulia
  100. Orang yang pandai hendaklah mengajar orang yang kurang pandai
  101. Orang yang menurut perintah Allah sentiasa dalam jagaan Allah
  102. Sesuatu permohonan hendaklah terus kepada Allah
  103. Dilarang memohon kepada yang lain selain dari Allah
  104. Untung nasib, baik atau jahat berlaku menurut kehendak Allah
  105. Segala perkara telah ditetapkan oleh Allah
  106. Allah memberikan balasan yang baik kepada hamba-Nya yang baik
  107. Sabar itu pintu kejayaan
  108. Disuruh mengambil tauladan daripada kisah-kisah nabi yang terdahulu
  109. Malu adalah sifat yang mulia
  110. Orang yang tiada sifat malu sanggup melakukan sebarang dosa
  111. Islam menggalakkan umatnya supaya bersifat malu
  112. Malu yang kena pada tempatnya, amatlah dikehendaki oleh Islam
  113. Orang Islam digalakkan supaya bertanya untuk menambahkan ilmu pengetahuan
  114. Islam adalah agama tauhid dan beramal kepada Allah
  115. Kebahagiaan adalah dengan beriman dan beramal
  116. Agama Islam menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat
  117. Syurga hanya untuk orang yang beramal dan menjauhkan diri dari perkara yang haram
  118. Hendaklah rajin dalam mengerjakan perkara yang wajib
  119. Suruhan agama tidak boleh cuai
  120. Amal ibadat hendaklah diamalkan dengan sendiri
  121. Harus dalam meninggalkan ibadat yang sunat
  122. Orang Islam disuruh menjaga kebersihan zahir dan batin
  123. Kebersihan berhubung rapat dengan keimanan
  124. Kita hendaklah memperbanyakkan bertasbih dan berzikir
  125. Kita hendaklah rajin membaca Al-Quran dan mengkaji kandungannya
  126. Berzikir, bertasbih dan membaca Al-Quran mendatangkan banyak pahala
  127. Orang berusaha untuk kebaikan, dirinya akan selamat
  128. Orang yang membuat kejahatan akan binasa
  129. Tuhan Maha Adil dan tidak berlaku zalim terhadap hamba-Nya
  130. Tuhan melarang hamba-Nya membuat kezaliman
  131. Sekalian makhluk adalah berhajat kepada Allah
  132. Kita hendaklah sentiasa memohon taufik dan hidayah daripada Allah
  133. Tuhan Maha Pemurah terhadap hamba-Nya
  134. Tuhan Maha Pengampun. Oleh itu, kita hendaklah bertaubat dan memohon keampuan daripada-Nya
  135. Segala permohonan hendaklah terus kepada Allah
  136. Kita hendaklah bersyukur diatas segala nikmat  Allah kepada kita
  137. Digalakkan kita banyak bersedekah
  138. Bersedekah mendatangkan banyak pahala
  139. Setiap orang hendaklah berlumba-lumba mengerjakan perkara yang mendatangkan pahala
  140. Segala pekerjaan yang baik merupakan sedekah
  141. Kita digalakkan banyak bertasbih: Subhanallah
  142. Kita digalakkan banyak bertakbir: Allahuakbar
  143. Kita digalakkan banyak bertahmid: Alhamdulillah
  144. Kita digalakkan banyak bertahlil: LaailaahaillAllah
  145. Kita hendaklah mencegah dari melakukan perbuatan yang mungkar
  146. Berkahwin mendapat pahala
  147. Islam menggalakkan umatnya bersedekah
  148. Islam agama keadilan dan kedamaian
  149. Islam menggalakkan umatnya tolong-menolong diantara satu sama lain
  150. Kita hendaklah bercakap perkara yang baik
  151. Islam menggalakkan umatnya rajin bekerja
  152. Islam juga seiring dalam mementingkan amal ibadat dan urusan dunia
  153. Setiap anggota manusia ada sedekahnya
  154. Berkhidmat kepada masyarakat mendatangkan pahala
  155. Nilai manusia terletak pada budi pekerti yang baik
  156. Perbuatan dosa menjadikan seseorang itu gelisah dan tidak tenang
  157. Jagalah hati supaya tenang dan menjadi baik
  158. Hati memainkan peranan yang penting dalam mencari kebenaran
  159. Tidak semua petua yang diberikan itu betul
  160. Rasululllah (S.A.W) sentiasa memberikan nasihat kepada umatnya
  161. Alim ulamak hendaklah rajin berdakwah dan mengajar agama
  162. Takwa punca kebahagiaan
  163. Kita hendaklah sentiasa taat setia kepada pemerintah yang adil
  164. Manusia itu sama sahaja disisi Allah samada raja atau rakyat jelata
  165. Al-Quran dan Al-Hadis, punca hukum-hukum Islam
  166. Orang yang berpegang kepada Al-Quran dan Al-Hadis akan selamat
  167. Hukum-hukum Islam tidak boleh direka-reka
  168. Pengajaran yang direka-reka adalah bid’ah
  169. Segala bid’ah adalah salah dan berdosa
  170. Para sahabat amat mengambil berat tentang amal soleh
  171. Kita juga hendaklah mengambil berat dalam mengerjakan amal soleh
  172. Islam punca kebahagiaan di dunia dan akhirat
  173. Memperbanyakkan kerja yang mendatangkan pahala
  174. Rebutlah peluang dalam memperbanyakkan ibadat semasa hidup
  175. Kita digalakkan bersifat pemurah
  176. Melakukan amalam sunat mendatangkan banyak pahala
  177. Jagalah lidah dari tersalah dalam percakapan
  178. Perbuatan yang baik dapat menghapuskan dosa
  179. Tidak boleh cuai dalam sembahyang dan kewajipan-kewajipan yang lain
  180. Kita hendaklah mengambil berat dalam mengerjakan amalan yang wajib
  181. Jangan sesekali cuai dalam melakukan segala kewajipan
  182. Kita hendaklah menjauhi perkara yang haram
  183. Tuhan Maha Pengasih terhadapa hamba-Nya
  184. Dilarang dalam mengkaji dan menyelidik perkara yang tidak berguna
  185. Hak menetapkan hukum samada yang wajib, halal dan haram, adalah tetap pada Allah
  186. Kita hendaklah rajin dalam bertanyakan tentang hukum agama
  187. Tuhan kasih kepada orang yang zahid pada dunia
  188. Manusia juga kasih kepada orang yang zahid
  189. Kita hendaklah bersifat zahid
  190. Sifat zahid adalah terpuji
  191. Kita dilarang bersifat tamak dan haloba dalam mencari kekayaan dunia
  192. Islam agama keadilan dan kedamaian
  193. Dilarang melakukan pencerobohan
  194. Islam tidak inginkan kemudaratan dan kesusahan
  195. Bertindak-balas hendaklah dengan cara yang wajar
  196. Islam mempunyai peraturan yang tertentu dalam perbicaraan
  197. Islam memberi hak yang adil kepada penganut-penganutnya
  198. Islam menjaminkan keadilan hak
  199. Pihak pendakwa hendaklah mengadakan saksi
  200. Pihak pendakwa tidak boleh dengan mengangkat sumpah
  201. Pihak yang ingkar hendaklah dengan mengangkat sumpah
  202. Setiap orang hendaklah mencegah perkara yang mungkar
  203. Mencegah perkara yang mungkar adalah mengikut kuasa yang ada pada seseorang
  204. Pihak pemerintah hendaklah berusaha sedaya-upaya dalam menghapuskan perkara yang mungkar
  205. Sebarang kejahatan tidak boleh dibiarkan dalam masyarakat
  206. Setiap orang hendaklah membuang sifat-sifat yang buruk seperti dengki, menipu, berkelahi dan sebagainya
  207. Jual beli dan perniagaan hendaklah dilakukan dengan jujur
  208. Hidup dalam bermasyarakat hendaklah bersatu-padu
  209. Setiap pekerjaan hendaklah dijalankan dengan jujur dan takwa
  210. Islam mengharamkan permusuhan
  211. Kita hendaklah tolong-menolong diantara satu sama lain
  212. Tuhan akan memberikan balasan pahala kepada orang yang suka menolong
  213. Kita dilarang dalam membuka rahsia dan aib orang lain
  214. Tuhan menolong orang yang suka menolong
  215. Kita digalakkan mencari ilmu pengetahuan
  216. Orang yang mencari ilmu pengetahuan agam akan dipermudakan tuhan masuk ke syurga
  217. Orang yang membaca dan mengkaji kitab Al-Quran diberikan rahmat dan pahala oleh Allah
  218. Membaca Al-Quran dapat menenangkan hati dan fikiran
  219. Malaikat sentiasa berada disisi orang yang beribadat
  220. Kita beroleh pahala, bergantung kepasa amalan diri-sendiri bukan kepada keturunan
  221. Semua kebajikan dan kejahatan adalah dicatat dan dikira
  222. Amalan dan pekerjaan yang baik diberi pahala berlipat kali ganda
  223. Perbuatan yang jahat dibalas dengan seadilnya
  224. Kita digalakkan bercita-cita dengan perkara yang baik
  225. Tuhan Maha Adil lagi Maha Pemurah
  226. Kita dilarang menentang alim ulamak dan orang baik
  227. Penentang agama Allah akan menerima hukuman daripada Allah
  228. Tuhan sentiasa menolong hamba-Nya yang soleh
  229. Orang yang menunaikan amalan yang wajib dan banyak mengerjakan amalan sunat akan dikasihi Allah
  230. Untuk menjadi kekasih Allah, kita hendaklah memperbanyakkan ibadat
  231. Tuhan memberikan pertolongan yang banyak kepada hamba-Nya yang banyak beribadat
  232. Allah Maha Pengampun
  233. Allah memberikan keistimewaan kepada Nabi Muhammad (S.A.W) dan umatnya
  234. Tiga kesalahan yang dimaafkan iaitu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa
  235. Hidup di dunia hanya sementara sahaja
  236. Menjalankan sesuatu pekerjaan janganlah ditangguhkan
  237. Kita hendaklah banyak membuat ibadat sebagai bekalan untuk akhirat
  238. Rebutlah peluang semasa kita sihat untuk beribadat
  239. Kita hendaklah banyak berbakti kepada Allah semasa hidup
  240. Kita hendaklah sentiasa beringat dan berhati-hati dalam kehidupan di dunia
  241. Kesempurnaan iman berhubung rapat dengan amalan
  242. Amalan yang diterima adalah yang mengikut ajaran Islam
  243. Kita ditegah dalam menurut hawa nafsu
  244. Kita hendaklah menurut segala perintah agama untuk mendapatkan kesempurnaan iman
  245. Rahmat dan kemurahan Allah amatlah luas
  246. Setiap orang hendaklah memperbanyakkan doa dan taubat
  247. Allah akan mengampuni dosa-dosa selain dari syirik
  248. Setiap orang akan menemui tuhan dan akan menerima balasan masing-masing
  249. Syirik adalah dosa besar dan tidak terampun
  250. Kita dilarang dalam berputus-asa dalam kehidupan 

Kumpulan (Hadis Empat Puluh) susunan Imam An-Nawawi.
Dipetik dari buku berjudul “Hadis Empat Puluh” oleh Yahaya bin Syarifuddin An-Nawawi, diterjemahkan oleh Mohd. Fauzi bin Haji Awang (Sijil Tertinggi Kolej Islam, Malaya).
Dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Nota tambahan: Penulis ada menyatakan, semua hadis yang empat puluh ini dipastikan kesemuanya yang sahih belaka, dimana kebanyakannya yang terkumpul dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. 

Wallahua'alam.



Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.