THANKS TUN M AND WELCOME TO OUR BELOVED PM-8 YAB TS MUHYIDDIN YASSIN
This is my blog and it's my way to blog about everything. Thanks, Tun M for everything that you have done to Malaysia!. Welcome to our new beloved 8th Prime Minister, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.
THANKS, TERIMA KASIH TUN MAHATHIR MOHAMAD
Bukan orang Malaysia kalau anda tak tahu krisis yang berlaku lebih kurang seminggu antara Tun M dengan beberapa kelompok politikus negara Malaysia. Melainkan anda tak nak tahu. Naz hanya sekadar mengikuti untuk ambil tahu sedikit-sebanyak sahaja.
Selepas krisis politik selama seminggu, maka tarikh yang jarang ini jugalah, 29 Februari 2020, Malaysia sekali lagi dapat menyaksikan secara sahnya YAB TS Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan dalam melantik Perdana Menteri.
Bolehlah kan! Hehe skills edit Naz masih lagi perlu dipertingkatkan. Gigih cari gambar dan posisi untuk mix-match kan dengan Tun M ini. LOL. |
YAB TS Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah pada 1 March 2020 dalam suasana yang sangat tenang di Istana Negara, ringkas dan amat bermakna, tarikh bersejarah juga.
Terima kasih tidak terhingga kepada PM yang paling lama dalam sejarah dalam menerajui negara Malaysia Tun M. Membesar dalam era Tun M, pernah sekali berjumpa Tun M semasa belajar diperingkat sarjana muda dan Tun M juga antara orang yang berpengaruh di Malaysia dan dunia.
Imej dan nama negara Malaysia harum tatkala Tun M memerintah.
WELCOME TO PM POSITION YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Maka tersimpanlah tarikh 29 Februari 2020 dan 1 Mac 2020 dalam lipatan sejarah Malaysia. YAB TS Muhyiddin Yassin sangat tenang dan sujud syukur selepas YDPA berkenan melantik beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.
Naz tak mahu ulas cerita politikus, Naz dedikasi entri ini buat kedua-dua pemimpin negara yang hebat ini.
Gigih tau Naz cari gambar nak mix-match kan dengan gambar PM8 kita ini. LOL. |
ASSALAMUA'ALAIKUM, DA JIA HAO, VANAKKAM
Naz nak pesan anak muda atau semua rakyat Malaysia, janganlah buta atau tak tahu atau tak nak ambil tahu tentang politik kerana penting tau kuasa politik dalam memerintah sesebuah negara.
Paling tidak, bacalah siki-sikit apa itu ADUN, berapa kerusi parlimen, wakil rakyat, etc etc etc yang benda basic things dulu pun tak apa supaya apabila anda mendengar atau membaca info, maklumat ke, anda boleh tahu samada ianya fake/real info.
Manusia itu berbeza hati dan pandangan. Yang untung, apabila kita dapat mengetahui kebenaran dan rugilah sekiranya kita tidak tahu kebenaran dan alpa dengan ilusi dunia.
Mungkin anda bakal pemimpin negara? Siapa tahu?
Post a Comment