Header Ads

OTAK BACA TAPI TAK KERJA

Tajuk entri kali ini otak baca tapi tak kerja, membawa maksud kepada cara untuk kita, dalam menetapkan matlamat, visi dan misi. Ianya tidak kira samada matlamat anda sendiri atau syarikat anda.


OTAK BACA

Contoh otak baca dalam menetapkan matlamat "Saya nak jadi mukmin yang sejati, soleh dan solehah". Otak tahu, tapi kena lebih SPESIFIK dalam apa yang perlu anda lakukan ke arah nak capai matlamat itu.

Otak kita tahu perkataan itu, akan tetapi ia perlu diselusuri dengan senang untuk difahami disini TINDAKAN yang teratur bukan hanya register perkataan/ayat itu sahaja dalam minda. 

Kalau kita selalu dengar ayat cliche motivator diluar sana mereka sering kata "Anda perlu bertindak, tiada tindakan tiada hasil". Itu betul. Ada juga yang suka visualize your dream. Ada pelbagai cara nak spesifik dalam menentukan samada otak anda yang baca itu kerja atau tak kerja. Jom teruskan baca. Hehe.

TAK KERJA KEPADA KERJA

Otak baca tapi tak kerja?! Oh come on...macam mana nak bagi otak itu kerja?

Ok, kan dekat atas, Naz bagi contoh "Saya nak jadi mukmin yang sejati, soleh dan solehah". Naz bagi contoh senang supaya anda aplikasi balik dalam buat checklist teratur nak bagi matlamat, visi dan misi anda tercapai dengan izin Allah (S.W.T).

"Saya nak jadi mukmin yang sejati, soleh dan solehah". Otak nak kerja kena list down apa yang perlu anda lakukan seperti dibawah secara spesifik meaning apa yang anda perlu lakukan setiap hari secara consistent atau istiqamah (antara cadangan):
1. Solat kena sempurna, check solat
2. Check dosa, tinggal dosa buat pahala, minta ampun dengan Allah
3. Buat sedekah
4. Niat belajar kerana Allah
5. Niat kerja kerana Allah
6. Niat sedekah kerana Allah
7. Niat mencari ilmu kerana nak kenal Allah

Bayangkan anda kata nak berubah, namun tiada even start dengan check list ini tak semestinya kena tulis, dia dalam minda pun dah cukup asal anda ingat dan create memori long-term bukan short-term memory sahaja. Jadi, ia terjadilah suatu tindakan yang sekiranya diulang-ulang (repetition), Insya Allah akan jadi habit yang baik.

Your new brain plasticity will be formed with a strong memory. 





Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.