Header Ads

ENTRI BLOG PERTAMA TAHUN 2020

Ini kira entri blog pertama Naz pada tahun 2020 lah sebab baru ada kesempatan nak update blog. Entri pendek dahulu sebab tak tahu sebenarnya nak tulis apa. Haha. Mesti semua sudah pasang pelbagai visi dan misi. Ada yang tiada visi misi? Kira follow the flow whatever will happen right? Boleh je. LOL.

entri blog pertama nazeerah tahun 2020

BAB BARU NAZEERAH TAHUN 2020 

Bab dan babak-babak dalam tahun 2020 semestinya lebih banyak percaturan dan cabaran yang mendatang. Stick dengan plan masing-masing, sekiranya tersasar, jangan risau pasti ada jalan penyelesaiannya. 

Pertama sekali bersyukur sebab sampai kita ke tahun 2020 dengan penuh rasa keberkatan umur. Bab yang lebih mencabar dan agresif dalam mencapai atau merencanakan apa yang telah dibuat.  Manusia ada berbeza-beza minat yang memacu kita kearah yang berlainan antara satu sama lain.

MAKEUP NAZEERAH TAHUN 2020

I am not a makeup lover sebenarnya! Yes. Ada beberapa benda sahaja yang Naz guna semestinya kesederhanaan menjadi keutamaan. Bukan senang yang bukan makeup lovers ini nak buat video makeup. I did one but after that I deleted it! LOL. That's why at the end of the day anda akan tahu apa sebenarnya minat anda kan?

SOSIAL MEDIA NAZEERAH TAHUN 2020

Sosial media lebih kepada apa yang Naz nak tengok sahaja dimana Naz dah set up untuk ilmiah sahaja no hiburan chewaaahhh ayat haha. Bukan apa takut distract momentum yang telah diatur bagi tahun 2020 mendatang (wow sangat bunyi dia LOL)

NAZEERAH DAN NEUROSAINS TAHUN 2020

Ha, part ini my lover lah. Naz akan tulis satu entri khas buat yang ini tetapi kemungkinan dalam bahasa inggeris sebab istilah banyak dalam BI jadi kekoklah nak tulis dalam bahasa melayu.

Secara ringkas, ada sedikit benda baru yang Naz perlu belajar bagi memantapkan lagi teras dalam diri. Maaflah bahasa jikalau terpuitis lebih. Hehe. 

HARAPAN NAZEERAH TAHUN 2020

Diharapkan segala yang diatur boleh dilakukan secara berterusan dan anda juga ya. Semoga tahun 2020 dan mendatang menjanjikan seribu satu peluang buat kita semua. Ameen.







Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.