1 Muharam 1447 Hijrah Detik Baru, Diri Baru Jom Rewire Brain Sama-Sama
Assalamualaikum dan salam maal hijrah, korang! Hari ni kita dah masuk 1 Muharam 1447 Hijrah. Pejam celik, pejam celik… eh, dah masuk tahun baru hijrah. Macam tak percaya kan? Tapi inilah masa yang paling sesuai untuk kita pause sekejap dan tengok balik hidup kita. Macam mana perjalanan kita setahun lepas? Banyak ke benda yang kita belajar? Atau kita masih sama?
Jangan risau… blog post ni bukan nak “muhasabah berat” sangat, tapi lebih kepada nak sembang santai sambil kita fikir-fikir, apa yang boleh kita perbaiki? Apa yang kita nak bawak masuk dalam tahun baru Islam ni?
1. Tahun Baru Hijrah Bukan Sekadar Tarikh
Kadang-kadang orang lebih excited dengan 1 Januari, padahal 1 Muharam ni sebenarnya lebih dalam maknanya. Ia bukan sekadar tukar kalendar, tapi tukar jiwa. Tukar perspektif. Reset balik niat kita. Dalam dunia serba laju ni, kita memang perlu pause dan “refresh” diri kita.
2. “Aku Dah Buat Banyak Salah Tahun Lepas…”
Eh, siapa je yang tak pernah buat silap? Kita semua manusia. Tapi bestnya Islam, setiap permulaan baru tu datang dengan pintu taubat terbuka luas. Jadi, 1 Muharam ni boleh jadi turning point yang sangat powerful kalau kita niat betul-betul nak berubah.
Kalau tahun lepas kita struggle nak jadi konsisten dalam semua benda, maybe tahun ni kita mula dengan memanfaatkan waktu dan keep istiqamah duniawi dan ukhrawi. Kalau dulu cepat marah, tahun ni kita latih diri untuk sabar dan chill sikit. Perubahan kecil, tapi impak besar.
3. Jangan Rewire Target Dunia Je, Target Akhirat Pun Kena Up
Betul, kita semua ada impian masing-masing. Tapi jangan lupa, akhirat pun kena ada target.
Contoh target simple:
- Khatam Al-Quran 2 kali setahun
- Hafal 10 surah pendek
- Konsisten sedekah walaupun RM1 sehari
- Jaga solat Dhuha seminggu 3 kali
- Jaga solat dan solat diawal waktu
Benda ni nampak kecil, tapi bila konsisten, dia bentuk akhlak kita. Dan itu yang buat hidup kita tenang walaupun dunia busy gila.
4. Tahun Lepas Banyak Ujian? Takpe, Kita Bukan Lemah
Kadang-kadang bila masuk tahun baru, kita rasa “Eh, aku tak capai pun apa-apa tahun lepas”. Tapi siapa kata tak capai tu gagal?
Kalau korang survive tahun yang penuh ujian, itu dah kira satu kejayaan besar! Maybe bukan kejayaan “tangible” yang boleh post kat mana-mana sosial media, tapi kejayaan hati, mental dan iman.
5. Tip Rewire Hidup Sempena 1 Muharam:
Jom saya share 5 cara simple nak mulakan tahun baru Hijrah ni dengan lebih tenang dan bermakna:
💡 1. Tulis 3 benda yang kita syukur tahun lepas
Kadang kita sibuk fikir apa yang tak jadi, sampai lupa apa yang dah jadi. Tulis, dan tengok balik bila down.
💡 2. Buat “Life Declutter”
Clear phone, clear emosi, clear fikiran, clear cache (haha). Buang yang tak perlu, simpan yang bermanfaat, buang je lah okay?
💡 3. Set 3 niat baru yang realistik
Contoh: “Aku nak bangun Subuh awal tanpa snooze”, “Aku nak tulis blog seminggu sekali”, “Aku nak belajar 1 hadis seminggu”. Make it doable.
💡 4. Berhenti compare hidup dengan orang
Kita semua ada timeline masing-masing. Jangan banding musim tanam kita dengan musim menuai orang lain. Harsh sikit ayat ni, mati kita pun tak sama, jadi stop compare hidup. Korang ambik yang positif dan jadikan inspirasi dan motivasi.
💡 5. Cari circle yang bantu kita
Tahun ni, jom rapat dengan orang yang buat kita rasa nak jadi lebih baik. Yang positif. Yang tak gelakkan mimpi kita.
7. Akhir Kata Tahun Baru, Tapi Diri Yang Sama?
Macam mana kita nak pastikan diri kita tak ulang kesilapan lama? Kuncinya: kesedaran dan usaha kecil tapi konsisten. Tahun baru hijrah ni bukan magic wand. Tapi dia boleh jadi spark yang buatkan hidup kita lebih ikhlas, lebih tenang, lebih dekat dengan Pencipta.
So jom kita pilih, tahun ni kita nak hidup dengan arah, bukan sekadar ikut arus. Kita tak perlu jadi perfect, tapi kita boleh cuba jadi lebih baik daripada semalam 😄.
Sampai sini dulu. Semoga tahun 1447H ni jadi tahun yang lebih tenang, lebih berkat, dan lebih bermakna untuk semua.
Let’s Hijrah & Be Brain Bae 🧠✨
Post a Comment