Header Ads

Role Model Rasulullah (S.A.W) - Blog Neuron Nazeerah

Sempena sambutan Maulidur Rasul, Naz nak kongsi sedikit keperibadian Baginda. Kita selit sedikit-sebanyak untuk panduan hidup insan kerdil seperti kita. Jom selawat dulu 10x pagi dan 10x petang.

Role Model Rasulullah (S.A.W) - Blog Neuron Nazeerah


The Chosen One, Rasulullah (S.A.W)

Role Model Rasulullah (S.A.W) - Blog Neuron Nazeerah
  1. Baginda adalah manusia yang paling lapang dada, paling halus perasaan, paling pemurah dalam pergaulan, menggembirakan akan sahabat-sahabat Baginda, bergaul dan bercakap duduk bersama anak-anak muda.
  2. Baginda menahan lidah kecuali untuk apa yang berguna, Baginda memuliakan orang dimuliakan oleh kaumnya, dan orang yang dimuliakan kaumnya itulah yang Baginda beri kekuasaan memimpin mereka, menjaga keselamatan mereka.
  3. Baginda berdiri atau duduk selalu dalam keadaan ingat akan Allah.
  4. Sentiasa kelihatan cerah, halus perasaan, tidak pernah berkata keras dan kasar, tidak mencela (menyebut aib seseorang), tidak bakhil, berlengah diri terhadap apa yang tidak diingini, tidak mencelanya atau menyebutnya, selalu menghindarkan diri dari 3 perkara iaitu bertengkar, menyombong dan berbuat apa yang tidak berguna.
  5. Baginda menerima sanjungan tetapi tidak mahu disanjung secara berlebihan.
Sangatlah banyak tentang akhlak dan peribadi Baginda, ini yang sempat Naz share buat entri kali ini. Insya-ALLAH.

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.