Header Ads

Hello Oktober Be Nice To Neuron Nazeerah

September done! Hello Oktober....Naz dah mula masuk semester baru huhu....super busy semester dan Naz terpaksa berhenti kerja sambilan atas komitmen masa yang sangat mencemburui waktu ini. Selagi hidup ini, buatlah apa yang kita mahu. Kan? Tak naklah jadi "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" Jadi, Naz pilih untuk fokus 1 dan cari jalan alternatif lain dan penyelesaian terbaik, semampu yang boleh. Insya-Allah. Apa plan dan progress korang? Ada 3 bulan lagi nak masuk tahun baru 2023. 

Hello Oktober Be Nice To Neuron Nazeerah

Gagal Merancang Adalah Merancang Untuk Gagal

Sempat lagi nak kejar azam dan matlamat tahun 2022 sehingga ke garisan penamat. Tiada siapa yang tahu rancangan kita melainkan korang tak rancang langsung. Maaflah lama tak update blog campur dengan ketandusan idea....hehe. 

Jaga diri korang, sebab sekarang tengah viral kes culik sana-sini. Bergantung harap pada Allah (S.W.T) itu semestinya kalau korang selalu alone kalau pergi kemana-mana. Doa jangan lupa baca ok. 

Kalau yang belum join ahli "Be Brain Bae", boleh daftar secara jujur (no fake account) di link ini https://bebrainbae.com/registration. Banyak manfaat yang korang akan dapat nanti.

Perjalanan hidup setiap insan itu berbeza-beza, termasuk dengan ujian, cabaran, pengalaman yang menjadikan kita insan yang selalu belajar daripada setiap inci kehidupan. Naz doakan, yang baca blog Naz ini sentiasa dilindungi-Nya dan berjaya dunia dan akhirat. Amiin.


Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.