Tips Masak Kurma Sihat dan Sedap - Slot Brain-Gut Connection (BGC)
Resipi ini kurma versi lain tau bukan yang warna kelabu guna serbuk itu, kurma ini lebih kepada masakan kurma versi VEGAN, guna sayur sahaja dan paste semua buat sendiri dan hasil kurmanya lain dari yang lain.
Tak kisahlah korang vegan ke herbivor ke carnivore ke..hehe sekali sekala boleh cuba masakan yang lain dari yang lain kan...Ok, jom!
RESIPI MASAK KURMA VERSI VEGAN SAYUR SAHAJA
Ok, teknik ini kita namakan sebagai stew sebab kita akan potong sayur-sayuran kecil-kecil.
BAHAN-BAHAN UTAMA
BAHAN TUMISAN
BAHAN SPICES / SERBUK
BAHAN PASTE KURMA
CARA MASAK (step by step)
Guna periuk claypot/periuk tanah masakan lagi sedap
Masukkan minyak secukupnya jangan terlalu banyak
Tumis jintan manis DAHULU (jangan bagi hangit biar minyak ada bubble up)
Bila minyak dah start bubble up (sekejap sahaja), masukkan daun bay, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih (jangan bagi hangit sebab nanti pahit)
Masukkan bawang merah dulu, biar caramelized sedikit dahulu (potong bawang besar-besar sedikit/ mayang)
Masakkan dahulu sehingga masak warna jadi golden brown sedikit
Masukkan bawang putih dan halia (ditumbuk sekali) dan masukkan cili hijau
Masukkan tomato (sebagai natural umami), jadi masakan sihat TAK PERLU GUNA MSG atau seumpamanya!
Masukkan serbuk kunyit setengah sudu kecil
Masukkan serbuk jintan putih 1 sudu kecil
Masukkan serbuk ketumbar 1 sudu besar
Masukkan serbuk cili powder 1 sudu besar
Kacau sampai sebati
Masukkan potato, lobak merah (sama banyak) - sayur yang jenis lambat masak
Masukkan air stok sayur/air biasa
Biarkan potato dan lobak merah empuk
Masukkan 1 sudu teh kecil garam (untuk bagi rasa pada potato dan lobak merah)
Tutup periuk biarkan semua masak
UNTUK BUAT PASTE KURMA:
- Kelapa parut setengah cawan, kacang gajus mentah lebih kurang 5 biji, roasted kacang dal warna putih (optional), air sedikit = kisar semua dengan blender sampai texture smooth, jangan tambah terlampau banyak air, cuma untuk bagi senang blend, kalau banyak air jadi tak ok, masalah.
Pastikan potato dan lobak merah sudah empuk
Masukkan paste kurma blend itu tadi ke dalam periuk
Masukkan kacang panjang, bunga kubis, kacang green peas (sayur yang jenis cepat masak) lebih kurang 4-5minit jangan masak lama sebab nanti akan berminyak.
Tutup periuk, biarkan sampai masak sedikit. JANGAN OVERCOOKED!
UNTUK HIASAN:
- Hirisan daun ketumbar (tak perlu daun kari)
Bila dah masak, TUTUP API sebelum masukkan garam (tips)
Rasa dan letak garam cukup rasa anda.
Tabur hirisan daun ketumbar sebagai hiasan
SIAP!
* Boleh makan dengan capati, roti naan, nasi, roti canai dan sebagainya.
ANTARA SAYUR LAIN YANG BOLEH DIMASUKKAN...
S E L A M A T M E N C U B A!
Post a Comment