Header Ads

Asas Jenis Diet Yang Perlu Anda Tahu - Slot Brain-Gut Connection (BGC)

Ini adalah entri asas bagi slot yang terbaru Naz lancarkan selepas Slot Otak Kanan, iaitu Slot Brain-Gut Connection (BGC). Tidak kisah siapa anda, diharapkan perkongsian ini dapat membantu sedikit-sebanyak memilih jenis diet yang bersesuaian dengan anda.

Asas Jenis Diet Yang Perlu Anda Tahu

DIET VEGETARIAN

Vegetarian adalah sejenis diet yang tiada elemen haiwan dalam pemakanan kecuali tenusu/susu dan vegetarian makan telur. Bagi yang belum tahu, orang yang vegetarian masih minum susu dan apa sahaja produk tenusu seperti keju berasaskan haiwan.

DIET VEGAN

Vegan adalah sejenis diet yang memang TIADA LANGSUNG elemen haiwan dalam pemakanan, tenusu, susu, malah produk seperti pakaian, kosmetik, penjagaan diri dan vegan juga tidak suka zoo/safari sebab menyeksa haiwan.

DIET PLANT-BASED

Kebiasannya, mereka yang mengamalkan diet plant-based ini juga berkait rapat dengan kesihatan mereka. Diet ini lebih kepada persekitaran dan kebanyakan makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan. 

Tetapi diet ini tidaklah macam diet vegan dimana, masih boleh makan daging 10%. Diet ini fokus makan sayur, buah, kekacang.

DIET WHOLE FOOD PLANT-BASED

Diet ini bagi yang banyak ada masalah alahan dan sangat sinonim dengan resipi sihat. Bagus diet ini sebab ada beberapa perkara yang ditekankan iaitu:
  • Rendah lemak
  • Kurang garam
  • Bukan makan proses (produk tin, botol dan sebagainya)
  • Tiada perasa tambahan/MSG
  • Tiada gula proses yang merbahaya (ZERO SUGAR)
  • Tiada bahan kimia yang merbahaya
  • Tiada pengawet
  • Tiada makanan yang highly process (sebab yang minimal process masih boleh dimakan seperti kekacang walnut, buah keras dimana kulit dibuang itu dikira minimal process)

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.