Header Ads

Saya Sudah Lengkap Divaksinasi Jenis Ini.... Siapa Geng? - Slot Otak Kanan

Naz daftar agak lewat sebenarnya dah lebih pertengahan tahun 2021, selepas daftar, lebih kurang sebulan sahaja dah dapat tarikh untuk vaksin. Alhamdulillah.


Naz dapat vaksin jenis Pfizer-BioNTech. Huhu. Memang plan nak vaksin jenis ini tapi kita tak boleh nak book atau pilih jenis vaksin kannn. Ada lagi jenis vaksin dalam list yang Naz nak sebelum divaksin ni, iaitu dari Rusia, Sputnik tapi macam tak lulus-lulus masuk Malaysia tak beli kan?...dan vaksin Moderna juga termasuk dalam senarai vaksin yang Naz nak, vaksin ni tak sempat sebab macam awal-awal dulu ada lagi. 

Kebanyakan dominasi vaksin US dan China. Secara ringkasnya, vaksin Pfizer dan Moderna inject mRNA dalam badan manakala yang lain guna vektor virus (AstraZeneca, Sputnik V, CanSinoBIO) dan virus nyahaktif (Sinovac). 

Kesan selepas vaksin, syukur Naz ok saja, Alhamdulillah. Naz puasa 2 hari sebelum hari vaksin untuk meningkatkan dan memperbaiki imun badan dan kalau korang rajin puasa 1 week atau 3 hari sebelum tarikh vaksin. TAPI! Biasanya tarikh vaksin dapat dalam lebih kurang 3 hari kan sebelum hari vaksin tu? Jadi, puasa lah 1-3 hari kalau sempat.

Saya Sudah Lengkap Divaksinasi Jenis Ini blog neuron nazeerah
Gambar frame jerrr hehe....Alhamdulillah

Korang hanya boleh plan kalau betul-betul nak puasa, bila sudah habis dos 1 dan masa menunggu dos 2 itu bolehlah plan nak puasa sunat isnin khamis. Bagi yang belum lagi mendaftar atau masih menunggu tarikh vaksin, bolehlah mula berpuasa bagi membaiki sistem imun badan korang. 

Satu lagi yang perlu korang jaga adalah pemakanan yang seimbang dan sihat. Kurangkan makanan atau minuman yang manis, makan buah dan sayuran jika makan nasi. Banyakkan minum air putih. Makanan yang sihat itu tidak semestinya mahal yang murah berlambak korang. Bak kata pepatah, "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". 

Satu lagi tips, jaga waktu makan korang juga. Elakkan makan waktu lewat malam, kalau lapar minum air/buah sahaja atau makan awal bagi makan malam antara pukul 6 petang - 8 malam. 

Apa-apa pun jenis vaksin, berdoalah kepada Allah (S.W.T) supaya kita semua tiada ada sebarang mudarat daripada vaksin ini. Jika ini ikhtiar kita, maka selebihnya kita perlulah bertawakal kepada Allah (S.W.T) Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui apakah sebenarnya disebalik wabak Covid-19 ini yang melanda seluruh dunia. 

Ada yang belum vaksin lagi? Naz doakan semua selamat, sihat dan murah rezeki selalu ya!

Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.