Macam Mana Boleh Jadi Macam Ni? - Slot Otak Kanan
Sedar tak sedar, memang kita dah di akhir zaman, macam mana digital aset bitcoin dan ada yang lain juga boleh jadi patuh syariah di Malaysia? Kita bukan panel syariah dan pakar kewangan Islam nak bercakap lebih.
Cumanya, Naz dah bertahun-tahun dengar juga info daripada Sheikh Imran Hosein yang dalam akhir zaman akan muncul wang digital atau elektronik. Ya, betul boleh guna untuk bayar zakat dan derma. Naz cuma nak zoom in dalam aset digital itu sendiri. Kalau nak bayar zakat, tak semestinya melalui aset digital sahaja dan derma, ada banyak sumber lain.
Dalam pengajian Islam pun banyak kena belajar macam fekah, sirah dan sebagainya, kena tanya yang ahli baru tahu hal sebenar. Dulu bitcoin tak syariah lagi, sebab itu tak masuk Malaysia, now dah dapat semua yang nilai pun bukan calang-calang. Cumanya, why why why bitcoin dan seumpamanya?
Ni, kalau Naz banyak tanya macam ini, mesti orang balas balik, "Dah tu, kenapa awak tak apply jadi panel syariah jer?" Ok lah, yang panel syariah tanggungjawab atas bahu mereka, segala yang dikeluarkan akan dipersoalkan diakhirat nanti. Kalau dah patuh syariah, korang ada melabur dalam bitcoin ke?
Semoga bermanfaat!
Post a Comment