Header Ads

Zon Selesa

Hari ini nak bebel sikit pasal zon selesa. Korang ada kan zon selesa memasing? Bila kau tak pernah lakukan sesuatu benda dan tetiba kau kena buat! Yes, samalah kekadang kita kena keluar daripa zon selesa sebab samada kau terpaksa lakukan for the sake of your own benefit. Yang penting kerja elok-elok sahaja jangan buat jahat pulakkk kann. Haha.

Keluar Dari Zon Selesa Untuk Selesakan Diri Sendiri Pada Masa Akan Datang

Ya lah, kau tak boleh nak expect hidup ini macam jalan lurus. Even kalau jalan lurus sekali pun, akan ada banyak halangan yang akan kau jumpa samada dari kau sendiri atau orang lain. Kekadang lagi menyampah bila kau jumpa bitch type person yang rasa nak tampar atau tunjal. Hahaha.

Tetapi! Kat sini kau punya mental toughness kena kuat bukan fizikal sahaja nak tough ok. Huhu. Ada kawan Naz masa master Neurosains dulu, dia buat kajian dalam kalangan mental toughness untuk atlet atau ahli sukan.

Nasihat Naz kat sini supaya kau tak boleh cepat mengalah sebab bak kata orang sekarang hidup sekarang ni keras mat...hehe. Alhamdulillah now Naz punya perjalanan PhD berjalan lancar walau ada masa macam procrastinate sikit adoiii.

Oh ya! Naz sejak kebelakangan ini kerap juga pergi kampus. Naz ada jumpa one of student master....korang tau tak berapa umur? Naz ingatkan dia pensyarah atau admin so nak panggillah Puan atau Dr.....so bila tanya dia dah umur 68 tahun! Buat master berkaitan perniagaan. Masa degree dia ambik business related dan ada belajarlah akaun semua tu.

Ok, nak cerita semangat betul puan tu dah 68 tahun dan nak belajar. Naz ada tanya dia, kenapa sambung belajar, dia cakap nak isi masa lapang , tak ada nak buat apa. Dia pesara kerja swasta bank. Hmmm. inspired kan?

Ok, lah sambil bebel ada juga ceritanya! Haha. Keep baca blog Naz... DOAKAN SEMUA YANG TENGAH BACA ini DIRAHMATI OLEH ALLAH (S.W.T)



Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.