Korang Pernah Sesat Tak? - Blog Neuron Nazeerah
Masa zaman matrik dulu, Naz ada join satu program Wilderness Adventure (WA)...siapa pernah join? Program ini ada banyak level boleh masuk, IPT, sekolah pun boleh join. Yang dekat Langkawi tu kan. Haaa, sengit jugak nak jadi peserta WA ini, Naz dalam kategori peserta Matrikulasi. Itu pun, sebab kawan yang ajak dan Naz tak tahu ada WA ini dan kena berebut. Sesat bukan sorang, tetapi satu pasukan sesat tak jumpa cari tempat yang kami kena cari sebagai tugasan. Ada beberapa kemungkinan sebab kami sesat...
Sebab Sesat Satu Pasukan...
Walaupun dah lama, namun sesat ini taklah macam jumpa benda pelik, tapi sesat ini hanya semasa kami diberikan tugasan navigasi peta. Pasukan juga dibahagikan. Pasukan lain Naz tak pasti senang atau tak mereka cari jalan.
Tak boleh cakap besar dalam hutan, tak kisah dengan sesiapa pun kalau sorang-sorang lagilah kan. Masa WA ini, pasukan kami ada 2 orang professional trainer salah sorang itu adik kepada Mazidul Akmal Sidek (bekas pengacara 999). Sorang lagi tak ingatlah tapi Melayu sebab ada pasukan yang dapat juga trainer omputih...LOL.
Haaa, selain sebab kita tak boleh cakap besar dalam hutan, korang kena bagi perhatian yang baik semasa proses pembelajaran macam mana nak baca peta dan pandai teknik navigasi. Sebab, dalam latihan WA, trainer tak boleh dah nak cuba tolong kitaorang tau! Jadi, sebab sesat mungkin markah kami ditolak sikit. Ada penilaian nanti.
Akhirnya, memang semua selamatlah cari jalan, TAPI dengan bantuan trainer jugakk... cumanya pelik sebab kami pusing tempat sama sebab eh...tetiba macam dah lalu sini, tapi tempat yang kami nak cari itu, tak ada pun. Tahu tak, yang trainer ini sangat professional, sampai masa kami surrender, makanya minta tolong jugaklah trainer itu. Mereka pun rasanya dah berkali-kali masuk hutan WA ini kot kan. Hehe.
Tapi, selepas itu satu pasukanlah kena bebel dengan trainer kami... cakap korang reti ke tidak baca peta ini? Laaa....ada juga kemungkinan sebab ketua pasukan silap baca peta. Letih bak hang.
Neurosains dan Kemahiran Navigasi
Ada pengkaji membuat kajian yang diterbitkan dalam jurnal artikel akademik yang mengatakan bahawa, mereka yang dibesarkan dalam kawasan yang tidak terancang mempunyai kemahiran navigasi yang lebih baik berbanding mereka yang dibesarkan atau lebih terdedah kepada kawasan yang terancang.
Ada beberapa sel saraf yang aktif bila kita buat navigasi ni tau, dalam neurosains dikenali sebagai istilah spatial navigation. Secara ringkasnya, place cells, head-direction cells, grid cells dan border cells.
Semoga bermanfaat!
Post a Comment