Header Ads

WRAP UP 2019

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirai, maka akan menjelmalah Wawasan 2020. Kalau ada banyak impian yang belum tercapai ditahun 2019, jangan risau. Mark yang sudah capai dan teruskan ketahun 2020 nanti ok. Fikir positif akan menghasilkan tindakan yang positif.

Kalau tanya Naz, ya memang banyak betul list yang belum capai. LOL. Kekadang list semakin bertambah. Tetapi yang sudah capai itu, kita perlu sentiasa bersyukur kepada Allah (S.W.T) ketika susah mahupun senang sebagai hamba-Nya yang lemah.


WRAP UP 2019 SET UP 2020

Ayuhlah! Sama-sama kita muhasabah diri apa yang sudah kita lakukan, sudah capai, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Tepuk dada tanya list anda memasing. Jangan terlalu taksub dengan benda-benda yang melalaikan dan negatif sahaja. Life is too short to think about problems

Perlu hargai diri anda dan kehidupan anda, disitu anda akan merasakan betapa bertuahnya diri anda!

Naz nak kongsi satu ayat Al-Quran yang sangat penting dalam membentuk acuan insan terpuji dek kekalutan dominasi media sosial yang tiada penghujung. Ayat dibawah ini, Surah Luqman Ayat 6.

surah luqman ayat 6 blogging her way nazeerah
Maksudnya: Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.


Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.