Header Ads

Episodic Memory Updated

Memory updated or reorganization. After grad degree, kawan ajaklah terus sambung master dekat universiti yang sama, tapi saya nak hold dulu sebab nak join kursus/kerja... bla bla bla.. Btw, saya all universiti awam, tak masuk universiti swasta. So, after grad degree tu, saya join kursus lepasan ijazah la kat KL. So, basically saya dah jenguk dunia luar dulu...tiberr. Tapi, 2 tahun saja dekat KL. Then, baru balik my hometown untuk sambung master, dekat top univerisiti Malaysia idaman masa tingkatan 5 lagi. Kiranya, saya masuk uni idaman saya time Master, bukan degree. Haha.

nazeerah rahman computational neuroscience
Gambar bersama best student straight's 21A SPM sampai sekarang masih pegang rekod saudara Azali Azlan (baju petak) 

Azali tu macam dia suka bab sains sebab 21As, dia tak sambung medic/farmasi/pergigian. Kan? Now dia dah jadi penyelidik kat luar negara, menyumbang kepada bidang perubatan juga dalam bab drug discovery sebab dia pro bab kajian genetik menggunakan drosophila. Kat bawah ni, gambar masa dia bagi talk, jap dah macam reporter dah saya haha:

Azali's talk about his research

Point saya kat sini dalam hidup, kena seimbang jasmani, emosi, rohani, intelek.... pelajar genius Malaysia yang ok dan proven result Amalina Che Bakri dan Azali Azlan dan maybe itu yang saya noted dan saya tahu/updated. Tak semestinya kena semua A. It's okay guys.

Back To Memory

Ok, masa 2 tahun kat KL saya tak stick dengan satu kerja, tapi saya turun KL sebab nak join kursus para graduan degree waktu itu anjuran Biotechcorp (now macam dah tak ada), program itu start untuk 3 bulan pertama kena hadir kelas dan 3 bulan latihan industri (kena pilih sendiri, so saya pilih dekat institut berdekatan apartment yang saya sewa waktu itu). 

3 bulan kelas itu tenaga pengajar ada yang pensyarah dan juga orang industri/trainer bertauliah. Alhamdulillah, semua dipermudahkan-Nya. 

Nak cerita detail macam tak mampu haha malas tulis, so saya ringkaskan, long short story, after selesai semua total 6 bulan, member ajak join MLM pulak dah waktu itu Score A siapa pernah join? Haha. So tak menjadi langsung macam scam jerr (saya rasalah) sebab beli kad dan online subjek. So, korang perlu beli kad yang harga ratusan untuk guna program Score A secara online. Now, saya rasa bisnes itu dah tak ada kot.

So, masa MLM itu saya join satu team sifu...team score A ada banyak team dan sifu. Saya join team Sifu Imran kot saya tak ingat dah nama. Jadi, bawah sifu ini akan ada speaker. Kat sinilah saya kenal barisan speaker dan kekuatan masing-masing konon haha. Antara speaker, Fahdi Ghazali waktu tu dia terer bab buka minda prospek daripada tak nak beli kepada nak beli. Hanif Azmi dulu ikon anak muda sebab dia student Universiti Teknologi PETRONAS, so dia ikon nak tarik student masuk score A. Now, saya rasa mereka dah ada bisnes lain dan masing-masing dah cari hala tuju lain.

Long short story, selain join MLM, saya juga pernah kerja telekom dan yang terakhir saya kerja bank ok....haha bahagian credit management, kerja terakhir kat KL sebelum saya sambung master dan sebagainya. 

Ok, done bebel sebab rajin sikit nak menulis. Jangan lupa like, follow facebook saya senang https://www.facebook.com/daebaknaz





Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.