Header Ads

DEBUT OF DEBUT

DEBUT BLOG NEURON NAZEERAH

Hi! Saya Nazeerah. Selamat datang ke blog saya yang "debut of debut" ini merupakan hari dan tarikh blog ini dibuat. Menulis blog adalah antara hobi saya sejak dahulu lagi.

Blog adalah medium yang baik samada berbayar atau tidak berbayar untuk berkongsi ilmu. Saya akan berkongsi pelbagai tips, rahsia, perniagaan dan hobi saya sebagai salah satu wadah yang menarik kepada anda.

DEBUT OF HOBI ABADI

Kalau nak cerita tentang hobi memang banyak, namun setakat mana kita bawa hobi kita ke peringkat yang lebih serius itu adalah subjektif. Sama juga kalau bakat, kita ada bakat, tetapi tidak gunakan bakat itu lama-lama ia akan jadi tumpul tanpa diasah. Sama juga kalau hafalan Al-Quran, anda tak perlu hafal, anda perlu baca sahaja setiap hari, lama-lama anda akan automatik mengingatinya... in shaa Allah.

DEBUT, HOBI DAN SAYA

Antara hobi saya yang lain adalah mengumpul setem ini memang zaman-zaman sekolah dahulu. Ada juga setem saya yang saya beli dengan dahulu dengan pak cik yang digelar sebagai "Raja Setem" beliau pernah masuk surat khabar dan dipaparkan koleksi-koleksi setem yang beliau ada. 

Yang istimewanya, ada setem yang rare dan eksklusif dimana setem itu tidak dikeluarkan lagi di beberapa buah negara. Saya tak pasti negara apa. Apa yang saya dapat daripada hobi mengumpul setem ini antaranya, sejarah, latar belakang, budaya, agama sesebuah negara.

Contoh, kalau saya tengok gambar negara Iran, mereka sudah semestinya kuat Syiah kan..ya ada setem saya yang ada gamabr tokoh-tokoh yang mereka kagumi. Saya juga ada koleksi setem dari Malaysia semestinya.

TERUSKAN HOBI ANDA

Tidak kira apa hobi kita, teruskan dan buat apa yang kita suka. Apabila apa yang kita buat, kita suka, susah mana sekali pun kita tidak akan mudah berputus-asa. Tukar strategi dan selalu meningkatkan ilmu. Kalau anda juga suka menulis, boleh sahaja start dengan blog free. Banyak sahaja blog yang free boleh tackle SEO tau. Kuncinya adalah isi kita atau content.

Tons of love! Neuron Nazeerah 



Tiada ulasan

Copyright© (2018-2020) Nazeerah. All Rights Reserved.. Dikuasakan oleh Blogger.